Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Sunday, 16 December 2012

Mengawal Kemarahan Mengikut Islam, Bagaimanakah Caranya? (Satu Artikel Ringkas Untuk Yang Berfikir)


Assalamualaikum.


Diminta supaya anda membaca artikel sehingga habis untuk memudahkan pemahaman anda.

Sebelum meneruskan pembacaan,dicadangkan adalah lebih elok untuk anda menonton video 10 minit di bawah ini.  Ini kerana, penulisan ini akan berdasarkan kandungan video di bawah ini.



Baiklah.

Sebelum itu juga, elok diingatkan, artikel ini ditulis sebagai panduan dan peringatan kepada diri saya juga.


Saya sebelum ini merupakan seorang yang panas baran (dan masih cuba untuk mengatasi masalah ini sehingga hari ini).  Silap sedikit sahaja, saya sudah merasa kepanasan di kepala.  Apabila kepanasan melanda,lahirlah maki hamun.

Hurm. Saya pasti ramai di antara anda sebegini juga.

Tetapi, janganlah berterusan begini.

Kita mesti berbuat sesuatu mengenainya. Dan dari mencuba pelbagai teknik mengawal kemarahan ciptaan manusia yang tidak pernah terbukti keberjayaan itu, baiklah kita mengamalkan teknik mengawal kemarahan yang diajarkan oleh Maha Pencipta kita, Allah SWT.


Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; 


Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. [42:36-37]


Okay.

Begini.

Apakah kaitan di antara dua ayat di atas ini?

Sabar. Kita bincang satu persatu (semua yang ditulis ini ada di dalam video di atas).

Sebenarnya,semua perkara yang diberikan kepada kita di atas muka bumi di dalam hidup dunia ini, semuanya hanyalah perkakas (utility) untuk memudahkan kehidupan kita di sini sahaja.

Ianya boleh diibaratkan sebagai pembuka tin yang anda gunakan di rumah.  Anda hanya gunakannya untuk membuka tin.  Tiada orang normal yang berbangga dengan jenis penutup tin yang dimilikinya.  Kerana,ianya hanya pembuka tin.

Sama juga dengan perkakas di dunia.  Ianya bersifat sementara sahaja.  Jika kita menjadi hamba Allah yang baik di dunia ini, kelak di akhirat, kita akan mendapat balasan yang lebih baik.  Dan, most importantly, perkara itu adalah kekal.


Ya.  Kekal.  Dunia ini sementara sahaja.  Jadi, tidak perlulah kita tergila-gilakan sangat dengan dunia ini.


Tetapi, untuk percaya (beriman) akan pernyataan ini bukanlah mudah.  Kerana, hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang yakin bahawa dunia ini adalah sementara sahaja.Hanya orang yang benar-benar yakin sahaja percaya bahawa setiap perbuatan di dunia akan dibalas di akhirat kelak.

Itu satu.

Apakah kaitan dengan mengawal kemarahan?

Lihat ayat seterusnya.

Balasan-balasan (yang bakal dimiliki di akhirat kelak) ini adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan keji serta apabila mereka marah, mereka memaafkannya.

Haa.

Itu dia.

Baiklah.

Hendak bertenang ketika sedang marah, itu sudah menjadi satu perkara.  Tetapi, hendak memaafkan ketika sedang marah.  Tentulah lebih sukar.

Jangan bimbang.

Cuba bacakan ayat ini betul-betul.  Renungkan maksudnya.  Jika tidak faham penulisan saya, tonton video di atas.

Itulah dia tips mengawal kemarahan mengikut cara Islam, cara yang diajarkan oleh Maha Pencipta, Allah SWT.


Memang sukar mengawal kemarahan.  Tetapi, ingatlah.  Di dunia ini hidup hanya sementara.  Paling lama boleh pergi jauh dalam 80 tahun sahaja.  Kemudian, selepas 80 tahun itu kita ada apa lagi?  Kita sudah mati selepas itu.  Duduk di dalam kubur seorang diri.  Menunggu Hari Pembalasan.  Tiada teman.

Itu belum bicara tentang balasan dan seksa di dalam kubur lagi.  Ngeri bukan?  But, well, it's a true story.

Jadi, keadaan kita kelak, bergantung kepada perlakuan kita.  Dan semestinya rahmat Allah SWT.

Jadi, jika sedang marah, ingatlah ayat ini.  Sabarlah.  Berpalinglah dari orang yang menjengkelkan itu.

Dan, ingat.  Pasti semasa kita sedang marah, akan datang musuh nombor satu kita untuk menghangatkan lagi kemarahan kita.

Siapa musuh itu?

Syaitan.  Ya.  Itu dia.Syaitan Yang Direjam.

Beliau bekerja menyesatkan kita 24/7 dengan semangat dan disiplin yang sungguh tinggi dengan harapan supaya kita menyertainya di neraka kelak.Berbanding dengan kita yang mudah lalai.  Jadi, berhati-hatilah.

Nak-nak waktu tengah marah, pasti kita lemah mudah dihasut Syaitan yang melaga-lagakan kita.

Cara yang paling mudah adalah beredar dari tempat pergaduhan, beristighfar dan memaafkan.  Dan, ingatlah.  Kita boleh sahaja jika mahu membalas perbuatan orang itu.  Perhatikan ayat di bawah ini.


Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. 


Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. 

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. 

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). [42:40-43]


Tetapi, ingatlah.  Memaafkan itu lebih baik.  Dan balasannya lebih baik.

Cuba lihat.

Adakah anda mahu melepaskan nafsu kemarahan yang bersifat sementara itu dan kemudiannya menyesal akibat kemarahan itu, atau anda mahu memaafkan dan mendapatkan balasan, rahmat dan keredhaan-Nya?

Anda fikirkan.

Banyakkanlah bersabar.

Sebenarnya hidup ini, jika makin banyak kita cuba untuk bersabar,makin banyak perkara-perkara annoying muncul.  Itu semua hanyalah dugaan.

Percayalah.

Sama jugalah jika anda (lelaki) ingin memelihara pandangan mata anda daripada melihat aurat wanita, pasti dan-dan sahaja lepas itu muncul pelbagai wanita yang jelita.

Tetapi, ingatlah.  Dunia ini sementara.  Akhirat itu jugalah yang kekal.

Jadi, kesimpulan bagi artikel ini adalah seperti di bawah,


Cara mengawal kemarahan mengikut Islam adalah bersabar dan memaafkan.Dan percayalah bahawa balasan bagi orang yang memaafkan di akhirat kelak lebih besar dan lebih kekal.Percayalah dengan janji Allah.


Dan renung dua hadis di bawah ini juga,


Nabi SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)


Nabi SAW bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)


Anda renung-renungkan.(link)

Satu penulisan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.


CREDIT TO : PENA MAYA

Saturday, 15 December 2012

PAKU DULANG PAKU SERPIH - part 1



manusia
kenapa asyik memikir kesalahan orang lain?
kenapa kau selalu menuding jari
tapi tidak menginsafi diri?
jika ada masa lapang
beristighfarlah
beristighfar
dan terus beristighfar

kita semua manusia biasa 

pasti melakukan kesilapan
beristighfarlah
janganlah terlalu bongkak mencari kesalahan orang 
lain sehingga lupa akan dosa sendiri

tidakkah kau tahu Allah Maha Melihat?

dan Maha Mendengar?
dan tidakkah kau tahu setiap perbuatanmu dicatat?
hatta sekecil zarah?
atau kau lupa?

kau merasakan hanya orang lain yang salah

tidakkah kau terfikir mungkin kau lebih teruk daripada mereka
kerana pandangan hinamu terhadap mereka

apakah kau fikir tiada hati yang terguris denganmu?

beristighfarlah
berubahlah 
mohonlah petunjuk daripada Allah SWT

jika kau tidak suka diperlakukan buruk oleh orang lain

janganlah kau berbuat buruk pada mereka pula
faham?
astaghfirullahalazim
beristighfarlah.

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? [2:44]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan semoga urusan Penulis (dan anda semua) dipermudahkan.Dan semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya kepada kita semua dan keluarga kita.Amin.

P/P/S : Menjadi Muslim Sejati memang sukar.Tapi,ianya tidak mustahil.Faham?Dan tanggungjawab mengingatkan sesama sendiri itu adalah kewajiban.Kita semua bersaudara.

P/P/P/S : Menegur tidak sama dengan menghina.Kedekut dan Bakhil tidak membawa kita ke mana-mana.

CREDIT TO : PENA MAYA

Tuesday, 17 July 2012

KISAH AINUL MARDHIAH


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)


Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)


Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.

QS. ar-Rahman (55) : 58



Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.

QS. ar-Rahman (55) : 70



(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.

QS. ar-Rahman (55) : 72



Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.

QS. ar-Rahman (55) : 74



'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat

untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.



Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.


Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.


Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

Monday, 16 July 2012

KISAH ASIAH & MASYITAH


Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.

Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.


Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.


Kemudian Fir’aun berkata:
“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”
Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:


1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.



2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas


3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.


4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.


Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.

Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.


Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.


Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.


Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata:“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun”.Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir’aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu. Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir’aun dan Fir’aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya. Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata:“Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya”


Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir’aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah. Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir’aun dan diberi pilihan iaitu:
(i) Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT.



(ii) Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir’aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.


Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT. Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka.

Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu.



Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir’aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir’aun dan sanggup mati seperti Masyitah. Mendengar ucapan Asiah, Fir’aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir’aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran:
Maksudnya:“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir’aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.(Surah At-Tahrim: Ayat 11)


Demikianlah kisah Asiah dan Masyitah, semoga kita dapat mengambil iktibar dan mengikuti jejaknya, hingga kedua-duanya meninggal dalam keadaan iman yang teguh terhadap Allah SWT. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada keduanya. Amin…..



Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana 
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Wednesday, 27 June 2012

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam.

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.



"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia mrasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Thursday, 29 December 2011

JIKA TERMINUM HOLLY WATER

Wahai saudara seIslam, di sini kita dah dapat KUNCI bagaimana nak mematahkan holy water, semoga kita dpt manarik kembali saudara² islam kita ke Jalan Yang Lurus saya amat² berharap semua pihak memberi kerjasama Dengan Nama Allah yang Maha Agung untuk menyebarkan berita ini semampu yg boleh. Baik kita bersatu semoga perjuangan kita di redhai Allah. Aamin.

Assalamualaikum.  Bacalah dan renungkanlah.  Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam).  Nama saya Farhan Bin Abdullah.  Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis.  Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.  

Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah.  Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.  Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri.  Kumpulan saya masuk ke kampung dalam berbagai program.  Selalunya program khidmat masyarakat.  Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000.  

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampung.  Kami ziarah rumah ke rumah.  Tanya masalah mereka dan bantu mereka.  Pelbagai masalah diluahkan.  Ada kami bantu dengan duit secara spontan.  Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.  Dengan cara ini kami mendekati mereka. 

Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka.  Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.  Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan.  

Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam Persekolahan.  Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).  Saya mendapat A-3.  Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian.  Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.  Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu?" Ustaz itu bersedia.  

Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.  Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya :-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah.

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.  Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat :- 

1-Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. 

2-Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 

3- Konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya.  Tetapi mereka enggan.  Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.  Ternyata bapa saya juga tidak mampumenjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.  

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.  Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.  Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu.  Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.  Seorang berjubah hitam membawa salib.  Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi.  Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.  Saya meronta-ronta. 

Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.  Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis? awak mengigau.  "Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"  Cikgu Islamkan saya".  

Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.  Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.  Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur di luar rumah.  Rupanya bapa saya telah tahu.  Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya.  Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup ke atas.  Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.  Tinggalkan keluarga saya.  Tinggalkan sekolah.  Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.  Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur .  Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam.  2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.  

6 tahun saya di PERKIM.  Saya masuk pula Maahad Tahfiz.  Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.  Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.  Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.  Tak sampai setahun saya letak jawatan.  Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.  Biarlah saya jadi pendakwah bebas.  Saya ingin membilas dosa lalu.  Saya telah ramai memurtadkan orang.  Kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja.  

Berbalik kisah keluarga saya.  Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya.  Saya katakan jangan bencikan saya.  Saya sayang ayah. saya sayang emak. Saya sayang adik beradik saya.  Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.  Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam.  7 tahun saya telefon.  7 tahun saya hantar surat dan buku-buku.  Saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik.  Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita.  Ayah saya menganut Agama Islam.  Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.  Saya menangis dan menangis. 

Saya ambil wuduk dan sujud syukur.  Air mata saya menjadi terlalu murah, saya terus menangis, saya pejamkan mata., saya bayangkan ayah dihadapan, saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama.

Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya.  Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.  Kini saya pendakwah bebas.  Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.  Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul.  Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.  Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya?  Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan.  Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.  Dia boleh sergah saya, "You apa tahu.  Islampun baru setahun jagung".  Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.  Kalau ini sikap pendakwah.  Saya tak akan masuk Islam.  Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam.  Kerana itu saya ajak menghayati Islam.  Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu.  Saya berdialog tentang Islam.  Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang.  Saya diancam oleh puak Kristian. Saya juga diancam oleh umat Islam.  Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, siapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian.  Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT.  Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam, jatuh cinta, lalu dimurtadkan.  Saya sudah pergi banyak IPT.  Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM).  Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. 

Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.  Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.  Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City .  Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.  KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid.  Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat.  Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.  InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Oh setan!


Solat Subuh di Masjid
Seorang pemuda bangun pagi² bute utk solat subuh di Masjid.
Dia berpakaian, berwudhuk dan berjalan menuju masjid .
Ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.

Di rumah, dia berganti baju, berwudhuk, dan, lagi, berjalan menuju masjid .
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhuk dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki terbabit, lelaki itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda'.
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang memberi lampu tersebut untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak.
Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali² dan, lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. Lelaki itu menjawab Aku adalah IBLIS (setan).
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh.
Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa²mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
Kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Karana hal itu, Allah memaafkan dosa² seluruh anggota keluargamu.
Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan² Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .