Tuesday, 18 December 2012

terima kasih PN SITI MAR'ATUL HUSNA HJ KHAIRUDDIN

Terima kasih kpd PN SITI MAR’ATUL HUSNA HJ KHAIRUDDIN 
krn ingat akan hari ulang tahun saye.  
Terima kasih daun keladi, tahun depan kasi lagi. 


 Selamat hari ulang tahun mira yang ke 23.  saye dpt hadiah orang bg.  OREO CHOCOLATE wow.


 kate pn una anak beliau telah patah kan bunge-bunge sy yang indah ini.  

lihat! dua bunga telah dipatahkan! TERIME KASIH.

Sunday, 16 December 2012

Mengawal Kemarahan Mengikut Islam, Bagaimanakah Caranya? (Satu Artikel Ringkas Untuk Yang Berfikir)


Assalamualaikum.


Diminta supaya anda membaca artikel sehingga habis untuk memudahkan pemahaman anda.

Sebelum meneruskan pembacaan,dicadangkan adalah lebih elok untuk anda menonton video 10 minit di bawah ini.  Ini kerana, penulisan ini akan berdasarkan kandungan video di bawah ini.



Baiklah.

Sebelum itu juga, elok diingatkan, artikel ini ditulis sebagai panduan dan peringatan kepada diri saya juga.


Saya sebelum ini merupakan seorang yang panas baran (dan masih cuba untuk mengatasi masalah ini sehingga hari ini).  Silap sedikit sahaja, saya sudah merasa kepanasan di kepala.  Apabila kepanasan melanda,lahirlah maki hamun.

Hurm. Saya pasti ramai di antara anda sebegini juga.

Tetapi, janganlah berterusan begini.

Kita mesti berbuat sesuatu mengenainya. Dan dari mencuba pelbagai teknik mengawal kemarahan ciptaan manusia yang tidak pernah terbukti keberjayaan itu, baiklah kita mengamalkan teknik mengawal kemarahan yang diajarkan oleh Maha Pencipta kita, Allah SWT.


Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; 


Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. [42:36-37]


Okay.

Begini.

Apakah kaitan di antara dua ayat di atas ini?

Sabar. Kita bincang satu persatu (semua yang ditulis ini ada di dalam video di atas).

Sebenarnya,semua perkara yang diberikan kepada kita di atas muka bumi di dalam hidup dunia ini, semuanya hanyalah perkakas (utility) untuk memudahkan kehidupan kita di sini sahaja.

Ianya boleh diibaratkan sebagai pembuka tin yang anda gunakan di rumah.  Anda hanya gunakannya untuk membuka tin.  Tiada orang normal yang berbangga dengan jenis penutup tin yang dimilikinya.  Kerana,ianya hanya pembuka tin.

Sama juga dengan perkakas di dunia.  Ianya bersifat sementara sahaja.  Jika kita menjadi hamba Allah yang baik di dunia ini, kelak di akhirat, kita akan mendapat balasan yang lebih baik.  Dan, most importantly, perkara itu adalah kekal.


Ya.  Kekal.  Dunia ini sementara sahaja.  Jadi, tidak perlulah kita tergila-gilakan sangat dengan dunia ini.


Tetapi, untuk percaya (beriman) akan pernyataan ini bukanlah mudah.  Kerana, hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang yakin bahawa dunia ini adalah sementara sahaja.Hanya orang yang benar-benar yakin sahaja percaya bahawa setiap perbuatan di dunia akan dibalas di akhirat kelak.

Itu satu.

Apakah kaitan dengan mengawal kemarahan?

Lihat ayat seterusnya.

Balasan-balasan (yang bakal dimiliki di akhirat kelak) ini adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan keji serta apabila mereka marah, mereka memaafkannya.

Haa.

Itu dia.

Baiklah.

Hendak bertenang ketika sedang marah, itu sudah menjadi satu perkara.  Tetapi, hendak memaafkan ketika sedang marah.  Tentulah lebih sukar.

Jangan bimbang.

Cuba bacakan ayat ini betul-betul.  Renungkan maksudnya.  Jika tidak faham penulisan saya, tonton video di atas.

Itulah dia tips mengawal kemarahan mengikut cara Islam, cara yang diajarkan oleh Maha Pencipta, Allah SWT.


Memang sukar mengawal kemarahan.  Tetapi, ingatlah.  Di dunia ini hidup hanya sementara.  Paling lama boleh pergi jauh dalam 80 tahun sahaja.  Kemudian, selepas 80 tahun itu kita ada apa lagi?  Kita sudah mati selepas itu.  Duduk di dalam kubur seorang diri.  Menunggu Hari Pembalasan.  Tiada teman.

Itu belum bicara tentang balasan dan seksa di dalam kubur lagi.  Ngeri bukan?  But, well, it's a true story.

Jadi, keadaan kita kelak, bergantung kepada perlakuan kita.  Dan semestinya rahmat Allah SWT.

Jadi, jika sedang marah, ingatlah ayat ini.  Sabarlah.  Berpalinglah dari orang yang menjengkelkan itu.

Dan, ingat.  Pasti semasa kita sedang marah, akan datang musuh nombor satu kita untuk menghangatkan lagi kemarahan kita.

Siapa musuh itu?

Syaitan.  Ya.  Itu dia.Syaitan Yang Direjam.

Beliau bekerja menyesatkan kita 24/7 dengan semangat dan disiplin yang sungguh tinggi dengan harapan supaya kita menyertainya di neraka kelak.Berbanding dengan kita yang mudah lalai.  Jadi, berhati-hatilah.

Nak-nak waktu tengah marah, pasti kita lemah mudah dihasut Syaitan yang melaga-lagakan kita.

Cara yang paling mudah adalah beredar dari tempat pergaduhan, beristighfar dan memaafkan.  Dan, ingatlah.  Kita boleh sahaja jika mahu membalas perbuatan orang itu.  Perhatikan ayat di bawah ini.


Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. 


Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. 

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. 

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). [42:40-43]


Tetapi, ingatlah.  Memaafkan itu lebih baik.  Dan balasannya lebih baik.

Cuba lihat.

Adakah anda mahu melepaskan nafsu kemarahan yang bersifat sementara itu dan kemudiannya menyesal akibat kemarahan itu, atau anda mahu memaafkan dan mendapatkan balasan, rahmat dan keredhaan-Nya?

Anda fikirkan.

Banyakkanlah bersabar.

Sebenarnya hidup ini, jika makin banyak kita cuba untuk bersabar,makin banyak perkara-perkara annoying muncul.  Itu semua hanyalah dugaan.

Percayalah.

Sama jugalah jika anda (lelaki) ingin memelihara pandangan mata anda daripada melihat aurat wanita, pasti dan-dan sahaja lepas itu muncul pelbagai wanita yang jelita.

Tetapi, ingatlah.  Dunia ini sementara.  Akhirat itu jugalah yang kekal.

Jadi, kesimpulan bagi artikel ini adalah seperti di bawah,


Cara mengawal kemarahan mengikut Islam adalah bersabar dan memaafkan.Dan percayalah bahawa balasan bagi orang yang memaafkan di akhirat kelak lebih besar dan lebih kekal.Percayalah dengan janji Allah.


Dan renung dua hadis di bawah ini juga,


Nabi SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)


Nabi SAW bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)


Anda renung-renungkan.(link)

Satu penulisan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.


CREDIT TO : PENA MAYA

PAKU DULANG PAKU SERPIH - PART 2

MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH ha kann..


aku tak dapat memahami la jiwe manusie yang suke aja org tp sendiri kurang aja.  nak kate tak takde otak, jawatan OK OK je kot walopon maseh title KULI je tp die punye EEK mcm owner, ceh bole bla ke cm tu.  aku luahkan ni bukan atas dasar pengalaman aku je tp pengalaman manusie yang senaseb ngn aku.  selalunye or majoritinye manusie yang dilabel seperti tajuk tersebut di atas adlh MANUSIA YANG PALING MENJENGKELKAN.  

aja orang lain buat baik jangan jahat, tp ko? baek sangat? 
marah org buat salah jeret jeret mcm histeria tak tentu pasal, ko? da cukup bagus?
maki hamun org buat silap mcm dunie ni ko punye, tak ingat mati dah ke?
bongkak bangge diri riak kejar dunia, ko pk ko takkan mati ke?
tuding jari sane sini bangkit name org tak semene mene tak nak ngaku salah sendiri, ko sempurne?


professional la der, fikir sebelum mengeluarkan kate2, gune brain sblm menaip perkataan tak susah pn sbb AKAL dah diberi utk berfikir bukan gune nafsu utk arahkan tindakan kelak nnt memakan diri.  orang lain pn ade perasaan, ade rase marah, ade rase sedeh, ade rase terkilan, ade rase bengang, nak jugak perasaan HAPPY sentiase mcm ko, jangan la ingat mentang2 org bute tuli denga, diam, tak melawan, mintak maaf bile di marah tnp sempat bela diri maknenye org tu REDHA dengan batu bate yang ko lontar kat dorg.  MANUSIE BUKAN ROBOT YANG DI SET SEMPURNE LAKUKAN SEMUA  PEKERJAAN. ingat tu.

jadi nak nasihat utk diri aku sendiri dengan si MANUSIA SEMPURNA WANNABE tu kalau nak orang lain berdisiplin KO DULU KENE TUNJUKKAN DISIPLIN YANG SEMPURNA TANPA SILAP DAN CELA. bole????????


ape yang ko buat orang ingat, orang nampak, orang tahu tapi ape yang manusia ditindas doakan utk ko, ko tak tau. jd BERWASPADALAH.  satu hari nnt kau akan bertemu BUKU DENGAN RUAS mase tu baru ko tau LANGIT TINGGI KE RENDAH.  

KENYATAAN IKHLAS DARI 
GROUP MANUSIA YG MASIH BOLEH BERSABAR.

Saturday, 15 December 2012

PAKU DULANG PAKU SERPIH - part 1



manusia
kenapa asyik memikir kesalahan orang lain?
kenapa kau selalu menuding jari
tapi tidak menginsafi diri?
jika ada masa lapang
beristighfarlah
beristighfar
dan terus beristighfar

kita semua manusia biasa 

pasti melakukan kesilapan
beristighfarlah
janganlah terlalu bongkak mencari kesalahan orang 
lain sehingga lupa akan dosa sendiri

tidakkah kau tahu Allah Maha Melihat?

dan Maha Mendengar?
dan tidakkah kau tahu setiap perbuatanmu dicatat?
hatta sekecil zarah?
atau kau lupa?

kau merasakan hanya orang lain yang salah

tidakkah kau terfikir mungkin kau lebih teruk daripada mereka
kerana pandangan hinamu terhadap mereka

apakah kau fikir tiada hati yang terguris denganmu?

beristighfarlah
berubahlah 
mohonlah petunjuk daripada Allah SWT

jika kau tidak suka diperlakukan buruk oleh orang lain

janganlah kau berbuat buruk pada mereka pula
faham?
astaghfirullahalazim
beristighfarlah.

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? [2:44]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan semoga urusan Penulis (dan anda semua) dipermudahkan.Dan semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya kepada kita semua dan keluarga kita.Amin.

P/P/S : Menjadi Muslim Sejati memang sukar.Tapi,ianya tidak mustahil.Faham?Dan tanggungjawab mengingatkan sesama sendiri itu adalah kewajiban.Kita semua bersaudara.

P/P/P/S : Menegur tidak sama dengan menghina.Kedekut dan Bakhil tidak membawa kita ke mana-mana.

CREDIT TO : PENA MAYA

Tuesday, 11 December 2012

HANTARAN : BEKAS CINCIN

wah bende dah lame beli tp baru nak story.

penat tau carik bekas cincin yang berkenan di hati. pergi 1 klang tak jumpe. ala aku bukan kaki jalan jajauh kan shah alam tu dah rase jaoh sangat asenye kaki melangkah.  bile tanye sume kedai yang dorg jual cume bekas ala biase2 tu je. kalau nak yang popoyo sangat kene sewe le der.. nak sewe pn makan sampai rm80 ke rm100 baek aku beli! kalau nak pakai letak kotak habib terus mcm... ala tak nak! nak bekas kerawang2 jugak..

pada suatu hari aku ngn ubby g la plaza alam sentral shah alam niat d hati nak mencari deco2 untuk buat hantaran nnt. jalan punye jalan punye jalan kaki kami terhenti di hadapan sebuah kedai yang agak terpencil / tersorok. wah! tengok ni!!!!!! tak pernah nampak kat mamane. weeeeeeee mase tu hati dah teramat berbunge sbb nampak bekas cencen idaman.

kami teros masok kedai tersebut tak tanye bende lain dah stret tu de poin tanye aunty kedai tu bekas cincin tu brp ringgit? aunty kate kalau beli single harge rm145 klau nak beli yang dah siap deco dengan bunga dip diamond same kaler dengan bekas cincin ni hagenye rm399. eeeee mahalnye.. tp sebelum aku buat kate putus aku berfikir sejenak ape  nak buat dengan bekas cincin berkenaan slps majlis nnt?? ok ade 2 perkare yang terlintas :
1 ) jadi tempat simpan pin dan seangkatan dengannya 
2) bekas cincin la
3) SEWAKAN? pk balek nnt

huhuhuuuu ok fine aku decided nak beli jugak bekas cincin tuh nak beli 2, 1 untuk aku 1 untuk ubby. boleh kurang tak rege? alaaaa tak bole la yang sbb kami bg free stand cincin ni, kalau tidak kene beli 1 stand ni rm6. eeeiiiishhh batak! ala yela aku pn bukan org yang ske dok menebeng kat kedai lalame smate2 nak mintak kurang harge. so takpe la deal la amek 2. ok total rm290. hmmmmm

yey! saye ade bekas cencen cantek! da bole kawen

2 biji yang akan dgunakan untuk hantaran


ade diamond kat atas bekas wow mcm crown

ha ni la stand die yang free sangat tu.


KALAU TAK BELI BEKAS CINCIN MAHAL PN BOLE JE KAWEN. TAKDE DLM SYARAT PN PASAL BEKAS CINCIN NI. SENGAL