Friday, 24 February 2012

oh CILA tak sehat

aku carik name cila kat pintu masuk wad ni takde pon. tp aku mmg da kutuk abes satu name kat papan pintu wad tu. bile sampai katil cila upenye name yang aku kutuk tadi tu ade sebelah cila. CUBE ANDA PERHATIKAN PAPAN NAMA PESAKIT TERBABIT. (sebelah kanan)

11hb FEB 2012, Sabtu- lebih kurang jam 5.30pm ibu ngan babah bawak cila g spital kerajaan klang (HBTAR) sbb demam cila berlarutan seminggu tak kebah kebah katenye. duit da banyak terbang kat kinik swasta.

cila kate, pergi poliklinik cahaya pendamar indah, dokter RAJ kate cila OK takde masalah semua GOOD. kecinggg RM45. DAPAT UBAT MAKAN TAK BAIK LANGSONG?

cila kate lagi, family umi soh pergi klinik ho kat port klang plak. dokte HO kate demam cila kritikal, beliau sangat hairan kerana cila masih boleh berjalan ke klinik dan tidak ke hospital kerajaan. katenye lagi kalau beliau di tempat cila, beliau akan pengsan atau suda tidak bernyawa lagi. haha! so dokte kate wajib  kene buat test darah takot denggi. bile test darah siap, dokte kate cila tak denggi tp semput. dokte pn bg sedut nebelaizer... kecingggg RM120

ending ibu ngan babah bawak g HBTAR. mumule niat nak cek je asal tak baek baek. pastu cila kene masok yellow zone. beberape seketike die kene masok red zone. dan beberape ketike kemudian diarahkan masok wad. hahahaha!!! kate dokter cila kene jangkitan PARU PARU BERKUMAN. baru 2 hari lepas ade kes jangkitan yang same mengakibatkan pesakit itu meninggal dunia. wow aku ingat tu bende2 biase je. rupenye bahaye juge. 

3 hari 2 malam cila kat spital. sehari je aku teman tu pn dari kol 5 petang sampai kol 9 malam. gile batak. sbb aku tak pernah lagi jage org sakit kat HBTAR tu. dapat la amek beberapa klik gambarajah.



cila suruh kakak nurse tu cocok tempat laen sbb tempat yang salu dorang cocok tu sakit. bole ek arah2 kat spital kerajaan? masalahnye kakak tu turut perintah. HEBAT


jumlah cocokan 3 hari 2 malam = 9 sahaja. 


skang cila dah sehat. da balek umah. tp kesan jangkitan tu belum pulih sepenuhnye. naseb ko lah.

JAGA KESIHATAN. AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.

Thursday, 23 February 2012

WANITA PERKARA AJAIB DUNIA

SUAMI GARANG TEGUR ISTERI

surat memujuk kesuma jiwa


ala.. susanye nak pujok orang yang tengah merajok manje ni. runsing3. any tips?? ei by bby nak mintak sori ni sbb soh by ikot cakap bby. very2 sori lah. msg la bby eleh.. sombong taw die. nak buat surat utk die lah.


Kehadapan kandaku kesuma jiwa,

Dalam kesuraman malam gerhana bulan nan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit yang hitam, aku terkenangkan nostalgia cinta lama beramas mesra yang kita pernah palitkan berdua di jiwa. Kehadiranmu bersama wang kertas dan kepingan syiling menerajang segala kekusutan yang membelit tali kepale otak ku selama ini. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Rindu itulah tandanya aku kasihmu aduhai kesuma jiwa. Gelora di dalam jiwaku bergetar merayukan sukma lalu menyanyi lagu cinta lagi sebagai tandaku nan membalas cintamu yang tidak mudah hilang dari kenanganku.

Kau juga mengajarku erti cinta, LC, hotel, lamb chop, chicken chop, nsk grg ayam, dgg msk merah, ABC, kinder bueno, PDI, jubah dan telekung. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet atas awan itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh creatures di lautan. Ku kehilangan, bersendirian penuh kesunyian, tiada teman utk mencari hala tuju, tiada juga mahu temankan aku yang sedang menunggu.

Peninggalanmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan denggi bernanah secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Semula aku tidak yakin kau lakukan ini padaku. Bila cinta tak lagi untukku, bila hati tak lagi padaku, bila aku tak baik untukmu, aku kan pergi meski hati tak akan rela. Terkadangku menyesal mengapa ku mohon kau untuk mengikut rentak ku. Sesudah itu aku sering juga mentertawakan perasaanmu. Aku langsung tidak sedar kau rasa terhina dengan cara-cara batak laut ku selama ini.

Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita bagaikan terperangkap di dalam gua tempurung dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagaikan sembilu menghantui hidupku. Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan nenek sebelah ibu ku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.

Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku tak berdaya untuk melupakanmu. Lalu aku membakar oven yang rosak dan menggigit empat anak kura-kura jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah. Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk kutanggung bagaikan mendukung 112 ekor anak beruk.

Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis komuter hingga aku hancur berkecai. Awww! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Sekiranya kau kembali kepangkuanku, aku berjanji akan selalu menjadi bintangmu menerangi gelap dan mimpimu, aku setia di sini mengusap tangismu, menemani sunyi di hatimu.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan Keeley Hazell, Frankie Sandfort, Marisa Miller atau Megan Fox. Aku juga bukanlah Cheryl Cole seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi bubur dan tin markerell yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir di sini, di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah PKNS, selagi ada kedai selipar di sekitar Shah Alam, selagi kumpulan PPG tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah sembilan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu pokok mangga mandul di hadapan rumahku berbuah. Walau ku tahu pokok mangga epal di hadapan mahligaimu seringkali menjuntaikan buahnya ke dalam rumahmu. Tetapi kalau pokok mangga mandulku berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu ya.

terimalah lagu cintaku untukmu. aku nangis. berilah walau secebis pesanan ringkas kepadaku.

5 KENAPE???


nape aku ske die??
sebab die je yang pandai layan aku.
aku da try manyak pakwe pakwe neh.
tapi die sorang je yang paleng pandai layan kerenah aku.
aku tak jumpe lagi yang lebih pandai layan aku depade die.
so memang patot pon aku ske die.

nape die ske aku?
sebab tepakse kot.
yela.aku ni da sungoh-sunggoh terok rasenye.
tak penah plak aku denga ade orang kate aku baek.
so aku tak tau die ske aku ke tak.

nape die baek?
sebab die memang baek.
die tak penah marah aku.
die tak penah tengkeng aku.
die tak penah hine aku.
die tak penah jeling tande tak suke kat aku.
die tak penah maki aku.
die salu belikan aku macam-macam.
die tak penah kate tak suke kat aku.
die salu kate die sayang aku.
die salu bagi wet banje kat aku.
die salu isi minyak kete aku.
die salu ajak aku janjalan tempat bes la jugak.
die...eee banyak sangat la baeknye..telampau baek la..

nape aku tak baek?
sebab aku memang tak baek.
aku salu mara die.
aku salu tengkeng die.
aku salu hine die.
aku salu jeleng tande aku tak ske kat die.
aku salu maki die.
aku tak penah blikan die ape-ape.
aku salu kate tak suke die.
aku tak penah kate aku sayang die.
aku salu takde wet banje pastu die asek bagi je.
aku tak penah isi minyak kete sejak ade die.
aku salu malas ajak die janjalan.
aku memang tak baek pon.

nape aku still ngan die?
die oweys senyum bile aku mara die.
die oweys rileks bile aku tengkeng die.
die oweys terime bile aku hine die.
die oweys cubet pipi aku bile aku jeling tande tak suke kat die.
die oweys saba bile aku maki die.
die tak penah ungket pasal aku tak penah blikan die ape-ape.
die kesah betol kalo aku kate tak suke kat die.
die salu tanye aku sayang die ke tak.
die tak penah kesah pon bagi aku wet banje.
die tak penah kesah asek kene isi minyak kete aku.
die suke sangat bile aku nak kua ngan die walopon aku wat muke.
sebab tu aku tak boleh tinggalkan die.

sadisnye...