Thursday 2 May 2013

KISAH PROPS TIN SUSU

salam, tersebutlah sebuah kisah di mana seorang wanita hamil 34 minggu yang berangan nak buat maternity photoshoot.

pada suatu hari fotografer yang dilantik telah me'whatsapp' beliau supaya menyediakan tin susu utk props shoot seperti gamba di bawah.  dengan penuh minat wanita hamil terbabit mengarahkan husbandnye utk mencari tin susu malangnya gagal.  kemudian beliau bertanyakan hal tin susu kosong terbabit kepada semua kakitangan di dlm premis tempat beliau bekerja tetapi jawapan yang diterima hampa belaka.  jam 5.30ptg seorang kawan memberitahu bahawa beliau ada mengumpul tin susu di rumah.  kegembiraan mula berputik di hati si wanita hamil dan beliau meminta supaya kawannya itu mencari tin susu kosong terbaik dan membersihkannya seterusnya boleh diambil oleh beliau dengan senang lenang tanpa perlu banyak kerja.


jam 5.45ptg, wanita hamil menelefon husbandnya utk memberitahu jadual 'what to do' mereka berdua selepas jam 6.00ptg.  di dalam jadual berkenaan terdapat  menu yg berbaur agak aneh iaitu mengambil tin susu kosong di rumah kawan wanita hamil.  si husband membantah dan mencadangkan supaya menukar menu mengambil tin kosong di rumah kawan kepada membeli susu cair dan brg2 tertentu utk menghasilkan koktel serta si husband telah berjanji utk membersihkan tin susu terbabit sebaik mungkin. wanita hamil yang mendengarkan cadangan itu bersetuju.


setelah pulang dari membeli barang keperluan penghasilan koktel, kerja2 terus disempurnakan seperti yang dijanjikan.



dengan berbekalkan semangat yang jitu, si wanita hamil telah memaksa husbandnya utk membeli pembuka tin kerana khabarnya tiada pembuka tin susu di rumah.  oleh itu pembuka tin susu dibeli oleh husbandnya dengan harga rm3.80.  namun malangnya setelah membuka 2 tin susu, pembuka tin tersebut rosak langsung tidak boleh digunakan dan akhirnya dicampak ke dalam plastik sampah.


namun begitu koktel tetap dapat dihasilkan dan mendapat sambutan hangat di kalangan isi rumah.


setelah tin dibersihkan operasi mendekorasi tin dijalankan.  wanita hamil sekali lagi telah memaksa husbandnya utk menyempurnakan kerja pembuatan lubang pada tin tersebut.




wanita hamil bertungkus lumus mendekorasi tin dan hasilnya 
TADAAAA!!!!!!!!







akhirnya telefon tin yang diusahakan oleh si wanita hamil tidak langsung digunakan utk props shoot beliau kerana fotografer telah menghasilkan telefon tin klasik seperti gambar yang telah dibekalkan oleh fotografer semasa pertanyaan berkenaan tin susu berlangsung.
perasan si wanita hamil???

TAK PELAH, TIN TU NNT BUAT MENAN BABY JE.

sedehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh................


inilah permainan bakal anak beliau.

SEKIAN.

p/s - LAIN KALI BUAT SEPERTI ARAHAN DI DALAM GAMBARAJAH YANG TELAH DIBEKALKAN.  TAK PAYAH PAPANDAI BUAT SNIRI DAN PERASAN COMEL.