Sunday 30 October 2011

7 jenis wajah mayat di dalam kubur



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Bagaimana Menghilangkan Marah


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santun! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. 

berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

COUPLE ITU HARAM? part 3

EPISOD 3

Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,
"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ada yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati, macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :
Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)

Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

COUPLE ITU HARAM? part 2

EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' kerana aku merasakan bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :
"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."

Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )

Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya.

COUPLE ITU HARAM? - part 1

EPISOD 1

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.



"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.


Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.


Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.


Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."


Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."


Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:


Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.


Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.


Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.



So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

Saturday 29 October 2011

cinta FACEBOOK


Putik-putik Cinta di Facebook


Saya sebagai seorang pemudi, sering menerima pop-up chat dari orang yang tidak dikenali. Dan kebanyakanya daripada lelaki.

Adakah itu normal seperti yang diutarakan sahabat saya. Beliau bertanya di laman Facebook "says; is it normal, if wall perempuan mesti penuh dengan kawan lelaki, and vice versa?"

Apa pendapat anda?

Saya akui, saya sering 'jual mahal' dengan ajakan berborak melalui Facebook walaupun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Kerana saya tekad untuk tidak chat sesuka hati bila saya sudah mempunyai orang yang saya berhajat denganya untuk melengkapkan iman saya.

Terutama bila sedang dalam menuntut ilmu, maka saya tidak mahu hidup saya terganggu dengan perkara-perkara yang termasuk dalam ikhtilat di luar syarie.

Bukan Cinta Jika Asasnya Facebook

Saya hairan bila mana ada orang merendahkan martabat cinta dengan menjualnya di Facebook. Dalam erti kata lain, "Saya boleh menerima cinta di Facebook".

Ini mungkin berlaku bila seseorang yang sudah putus cinta mengwar-warkan perasaan benci dan kesalnya terhadap cinta yang berputik terhadap seseorang. Status in relationship bertukar kepada single.

Lalu wujud seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mendengar masalah wanita tersebut. Dan memberi pandangan hanya berdasarkan minda yang mengharapkan dosa pada masa akan datang. Ini padahnya bila meluahkan perasaan melalui Facebook.

Kadang-kadang bila yang memberikan pandangan berwajah kurang handsome, si wanita akan berkata, "Sibuk je nak tahu pasal orang". Namun bila mana yang menanyakan soalan agak handsome, dengan sendiri dia akan merendahkan martabat diri dengan membuka aib sendiri.

Sedarkah kalian bahawa WAJAH PROFILE FACEBOOK BOLEH DIMANIPULASI!

Nilai Harga Diri

Adakah begitu rendah martabat cinta kita terhadap orang yang harus dinikahi sehinggakan kita boleh bercinta sekadar melihat wajah seseorang di Facebook atau bermula dengan pop-up chat di Facebook?

Namun bila kita berjumpa, terkejut melihat wajahnya yang ternyata bukan pilihan hati kita. Terus cinta yang berputik di Facebook hilang begitu sahaja. Adakah itu cinta?

Banyak artikel yang menerangkan mengenai ikhtilat di luar syarie. Anda seorang yang berakal, maka nilai setinggi mana nilai diri anda.

Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di dalam blognya, "Cinta tidak buta".

Martabat cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia buta. Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana agamanya, adakah bila agama orang tersebut hilang selepas anda mencintainya, adakah anda akan terus mencintainya?

Namun, jika anda tidak menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang kerana agamanya, maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang sepertimana bertambah dan berkurangnya agamanya.

Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:

"Apabila datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya (untuk meminang anda atau wanita di bawah tanggungan anda) maka nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata".

[HR Tarmizi & Ibn Majjah]

Penutup

Niat saya menulis post ini adalah untuk menyedarkan orang yang saya cintai bahawa bukan cinta jika asasnya Facebook dan nilai diri anda wahai cintaku.

Saya mengharapkan juga dengan post ini saya dan anda menjadi lebih baik dari sebelum ini. Jika anda sudah terlajak bercinta di Facebook, maka cepat-cepat betulkan cinta anda.

Jangan cepat menjual maruah. Semoga post kali ini membuatkan anda dan saya lebih baik selepas ini bersama-sama mengejar redha Allah SWT dan cinta keranya-Nya. Insya Allah!

takpe.. takpe..


seronok bile hari kite sudah patot sangat bercuti tp dipakse untuk tidak cuti. sbb? SEBAB MEMANG DORANG TAK AKAN SENANG BILE TENGOK AKU SENANG. babi tol. sori la. untuk en3 yang ini mmg banyak aku palitkan MAKIAN dan HAMUNAN. huh puas ati aku. kepade sesiape yang tidak dpt menerime en3 yang PENUH RASE MARAH ini lebih baik tinggalkan segere kerane banyak lagi perkataan2 yang tidak patot dibace oleh manusia sejagat seluruh alam. SEKIAN.

ape tunggu lagi? totop la en3 ni. aku dah abis maki da.
TERIME KASEY

AKU TAK SUKE KAT DIE!!!!


kenape ko ni? gile suda? eii aku gile ni pn bukannye semule jadi. tp DATIN WANNABE yg buat aku jd mcm tu. aku tak pernah ase tak suke pd semua ciptaan Allah Maha Esa pencipta alam semesta ni. ibu babah aku tak penah aja camtu. aku da try banyak kali utk rase suke kat die. masalahnye ade sesuatu yang menghalang depade aku sukekan die. 

aku tau kalo kite tak suke 1 orang, 1000 org tak suke kat kite. aku tau tu. tp kali ni mmg tak boleh. lame dah aku pendam. hr ni br leh open pekung di dade. bukan buat aib orang. tapi aku harap sangat akan KESEDARAN SESEORANG. hmmm aku tak suke kat die bukan pasal masalah bau badan.. boros pn bukan. tapi kali ni mulot die buat onar. perkataan yang keluar dr mulot die tu berbaur LONGKANG. buat jahat mmg la die kate aku jahat. buat baik pn die kate aku jahat. TAK BUAT APE APE PON DIE LEH KATE AKU JAHAT. jahat sangat ke aku sampai tak buat ape2 pon tak leh nampak baeknye cume jahat semate. bahaye jugak aku ni upenye. asek jahat je takde baek. cecite cam ne aku nak suke kat die kalo cam ni la perangainye. MANE MAUNYE. TAK SUKE NYE!. 

aku tak paham la ape problem ko ngan aku. aku ni OPEN sangat orangnye ko patot tau tu. aku ase ko mmg tau pn. KALO KO ASE ACAM TAK BEKENAN NGAN CARE AKU BAGITAU LA CELAH MANE YANG KO TAK BEKENAN TU. AKU TAKKAN HAMPOK KO NGAN FIRE EXTINGUISHER PUNYE BILE KO BETEROS TERANG. paleng terok pn aku kate SORI DATIN. tu je! KE KO TAKOT NGAN AKU??? HA? HA? eii takde pon orang kate aku ni TAK CANTEK taw. ke KO SORANG JE NAMPAK MUKE AKU NI SUPE ANTU? 

aku beteros terang eh. aku tak suke ko sbb ko tu mulot tak reti keluar cerite2 yang betol atau yang benar belake. kalo ko salah ko ngaku je lah ko salah. tak yah naekkan name org laen tok totop salah ko. takdenye bile ko ngaku salah kene sambar petir. da salah tu mintak maaf jelah. BILE KITE NGAKU KESALAHAN KITE, AKU JAMIN MMG MANUSIE SEJAGAT AKAN HORMAT KITE. sbb bile ko mengaku komfem ko akan buat lebeh baek dan teros baek. reti? 

KO NAK ORANG HORMAT KO. KO KENE HORMAT DIRI KO DULU. cakap banyak pn tak gune kalo tak TAKE ACTION. TAK PAYAH MENYEBOKKAN DIRI KO JAGE TEPI KAEN ORG LAEN TP KAEN SENDIRI RABAK BESAR SAMPAI BUAT KO MALU SENDIRI KO TAK SEDAR.
RENUNG-RENUNGKAN LAH.

NAZRATUL AZIEMAH ABD AZIZ


seronok sampai nak kua aer mate bile dapat connected balek ngan satu satunye kawan baek yang penah aku ade yang sangat sangat lame aku tinggalkan. hari-hari hotak aku pk camne nak carik NAZRATUL AZIEMAH ni. aku tinggalkan SAMTTAR umo aku 14. skang dah 22. tolonglah! sebak sungguh rasenye. da lah last day aku kat skolah tu janji ngan die soh tgu kat blakang toilet pompuan time rehat kononnye nnt aku datang nak tangkap gamba. siyes aku lupe lupe lupe lupe lupe lupe lupe gile punye!!!!! huwaaaaaaaaa!!!!!!!! aku punye mate dah tebeliak besa bile die tunggu aku depan pintu paga asrama time balek skolah. mase tu aku nak masok asrama amek barang last then teros blah. baru aku ingat janji aku. dengan muke die yang MASAM sangat2 kate "lame tau tunggu kat blakang toilet. tak datang2 pn. kate nak tangkap gamba". tak penah aku tgk muke die masam cm tu. demi Allah aku da tak tau nak mintak maap cam ne. ish tu pon aku dpt ckp ngan die sekejap je sbb babah nak cpt balek. tak sanggop aku nak ckp "tak jadi tangkap gamba taw. sory sangat. sbb nak cepat. nnt aku call ko ok" die balas kate "ok.bye". die senyum sinis. uyoooo aku tak leh lupe bende tu smpai sekarang. kawan aku kulu kiler same same. g rehat same same. senyum same same. kelaka same same. gile same same. tah pape same same. sengal same same. lompat same same. beli tempe same same. ngumpat ade ke dulu?? tak ingat la. serbe serbi segalenye same samelah. 1 je bende tak leh same kot. DIE PANDAI SANGAT. aku? AREK SANGAT. haha! booole la tuh. 

aku jumpe die tahun ni beberape hari yang lalu seingat aku 19hb APRIL 2011 kat FB. bende 1st aku tanye "emm ko skolah SAMTTAR ke?" die balas " yela mira kambeng~~xkn lupe ak kot.sobs3~~huhu. haaa!!!akhirnye!!!seb bek ko ingt.!ko lupe ke kn kte saling syg menyayang dolu!!!huhuhu.....tahu tidak ape,lme suda x jmp neh...hohoh~". kepale hotak aku yang tengah cramp td tibe2 penoh dengan bunga-bunga mekar yang menari dan tanpe aku sedar badan aku bergoyang ke kiri dan ke kanan sampai abang nuar tego EI APE YANG KO GEMBIRE SANGAT TU?? hisy baru aku tersedar dr lamunan. hemmm 1 hari aku menyanyi nyanyi kegembiraan. mmg laen macam betol la hari tu. hr ni aku tambah lagi gembire bile jumpe blog die. WARNA WARNA KEHIDUPAN AWAN JINGGA . bodonye rase aku tak penah nak search name die kat google dulu. hr ni aku search google mcm2 aku dapat pasal die. kali ni aku akan teros connect dan teros connect dan teros connect dengan die. dapat no tepon die yey! CUN. 

TQ SO MUCH NAZRATUL AZIEMAH SBB STILL INGAT KAT AKU YANG TAK RETI NK HARGAI KAWAN BAEK DULU.

mari beli barang opis - part 1

sehari selepas duit masok ke akaun. aku bercite-cite menghabeskan duet aku utk beli barang2 nak letak kat meje opis aku. mari ke SnJ Bkt Tinggi!! aku g ngan cila. cila la yang gtau aku ade bekas air design lens kat ctu. lame suda aku tak jejak kan kaki ke sini. cerie rasenye dikelilingi warna warni oren. okkey.. sampai je ctu aku tak carik mende laen dah. aku carik bekas air tu je. cila pn tunjuk. cun! CINTE PANDANG PERTAME. kompon beli punye lah. harge pn tak mahal langsong. utk diri sendiri. berape saje aku sanggup bg memenuhi citerase aku. wow. meh tgk bekas aer baru aku.

harge cume RM49.90 saje.


see CUPLENS


ha ni la bekas aer aku. bende ni juz aku buat tok letak aer mineral atas meje je. takde niat pon nak bawak ke hulu ke hilir. lagi pun bende ni tak leh tegolek. nnt air meleleh. haa


ade yang kate "eee mira.. tak bekualiti la botol ni..bape harge die.." aku gtau die "ni cawan dol. bukan botol. meh cni cawan ko aku golekkan agak2 aer tumpah tak an.." pantang betol aku kalo ade org kate barang aku tak bekualiti. chett! tak sayang mulot! mcm kak nam!




hensem an.. ekceli ade satu lagi design lens. bezenye yang ni nikon. satu lagi tu canon. siap ade beg lens lagi. poyo kot.. nnt lah kalo rajen bulan depan aku beli.

ade lagi barang aku beli.. tak sempat nak upload la. nnt la tu buat en3 laen. bye.

mari beli barang opis - part 2

bhahaha!! sambong balek pasal barang opis ni. ha sebelom tu tok cila. tengkiuk veri much bg tau pasal CUPLENS tu. so aku ade banje die sebuah MOOF NOTEBOOK yang die pileh snirik hargenye RM 12.90. aku nak soh die baya balek. tp die cam buat tak paham je. so aku let go lah. TERIMA KASIH CILA.


wah dapnye sekuk! ni aku beli lapik tok CUPLENS aku tu letak kat pat keje. ni sebenanye ade 4 kepeng. tp macam biase la. mesti la CILA ade kebas satu. ngabes kan harte sungguh. hargenye cume RM 9.90 sahaje.


ni plak STAND MEMO PAD aku. memo ni bole bediri tu! huyoo... aku bg memo cam ni kat orang yang aku suke je. DATIN WANNABE?? tak merase la ko memo pad aku yang hebat ni tas meje ko. huh. hine sungguh rasenye bile bg ko. so baek tak yah bg. hargenye cume RM 2.90 sajahe.


yang ni pulak bekas tok aku simpan bullet staples. haa.. aku beli satu puteh.. hargenye cume RM 8.90 sahaje.


ade yang kate aku curik stand peti ais. patot ke.. ni kan PAPAN KUKUNCI.. tak nampak lambang '@' tu ade kat mane je?? ha?ha?


ha satu lagi ni aku bli tok isi paper clip. comel bukan. warne itam. harge nye cume RM 8.90 sahaje.


sume murah2 dan berpatutan kat SnJ ni. tak pegi rugi. tu untuk aku la. utk orang laen aku tak campo. kalo nak kate aku ni membazer tahap gaban tu korang nye pasal. aku beli bebende ni sume tak gune se sen pn duet korang kan. MAAF JIKA GARAPAN ITU MENGGANGGU KALIAN. AGAK KURANG SOPAN BUKAN.


last! ni SNAIL TAPE DISPENSER. hargenye cume RM 29.90. comel aku suke. bende ni dari taon lepas lagi aku da usha. tapi tak bebeli. baru la ni lepas hajat aku membeli menatang ni. kenape merah? MERAH ITU GARANG. wooooo


lihat! SOPAN kan die. tunduk saje. ade free selotep taw dalam ni. nampak ke?


hehehe.... bulan depan aku nak borong lagi barang opis sambel intai adiah belated beday kak lina. SORY KAK LINA LAMBAT BG ADIAH. SENGAJE. haha!

Top Most Expensive Houses of Famous People


We look at the residence of the most famous people in the U.S. and around the world. They can afford a house at the prodigious rate of 109 million dollars, and also like to park your plane right at the front door. Their dwellings are besieged by fans, and the newest tech devices in the home will be surprised, even science fiction. You will have an opportunity to go away from such world stars as Bill Gates, Johnny Depp, Nicole Kidman, Harrison Ford, Nicolas Cage, Demi Moore and many others.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
01. Julia Roberts as the most beloved American, but her heart belongs to a ranch in Taos, New Mexico, which she shares with her husband Danny Moder and their three children, twins Hanzelom and Fines four years, and 22-month-old Henry. (Jamie McCarthy, WireImage) Julia Roberts married cameraman Danny Modera in 2002. The ceremony took place at midnight on a 40 acre ranch in Taos. (Mel Bouzad, Getty Images) ... More images after the break...
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
02. Nicole Kidman was born in Australia, she works in Los Angeles, and married to singer Keith Urban, who works in Nashville. What did she do? Of course, to buy real estate in all three of these places! (Getty Images) Nicole Urban lived in this house in Nashville, but sold it in 2008, nearly 2.36 million dollars. Immediately after that, they spent 2.45 million for the purchase of 36 acres in nearby Franklin, Tennessee.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
03. Nicolas Cage loves to travel. He has a house in England, Las Vegas, New York, New Orleans, San Francisco and Los Angeles. While Nicolas Cage is selling his German castle, which he bought in 2006, he still owns the castle in the English style 18 th century in the city of Bath. Here, 60 acres, and property worth about $ 10 million.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
04. Goldie Hawn and Kurt Russell have many homes outside the core, located in the PacificPelisayds, California, including those they have a ranch in Colorado, home in Ontario, a penthouse in Manhattan and a house on the beach in Malibu. (AP) Hawn and Russell bought the house in Vancouver for $ 3 million in 2002 to ensure that their son, a hockey player could live here during the Games.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
05. Sandra Bullock spends most of his time in Austin, Texas, but after filming the movie "Forces of Nature", held in 1999 in Georgia, the actress decided to buy a country house there. Sandra Bullock - the owner of the house on the beach of Tybee Island, near Savannah, Georgia.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
06. Teenagers from the group "Jonas Brothers, brothers Kevin (20), Joe (18) and Nick (15) bought a house in the vicinity of Dallas-Fort, and intend to buy space in the summer of this year worth 2.8 million dollars. The residential complex owned by his brothers, called "Vaquero", and includes 6 bedrooms and a total area of 7360 square feet. The house they shared with the professional athletes of all sports, when they come to the game. Near the complex is what is constantly on duty wrecker.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
07. The father of four children, Harrison Ford said: "The house - a place where children return from school" - that explains why he spends more time at his home in Los Angeles than in his new residence in New York or at the ranch in Jackson Hole, Wyoming. The photo - Ford ranch in Wyoming covering 800 acres. There is always the sea of snow, which should be cleaned with a shovel, and this often involved inexpensive movers and gardeners, but we suspect that the man who played Indiana Jones, is able to do even more.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
08. Millions of people have had the pleasure contemplate that former supermodel Niki Taylor in the pages of Sports Illustrated Swimsuit Edition. Now Nicky lives in this ranch in French colonial style in 7 acres and cost $ 2 million in Nashville. She lives here with her husband Bernie Lamareaux and their children - twins, teenagers and a newborn baby, born in early March.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
09. Demi Moore, a longtime resident of Hailey, Idaho, near the famous resort of Sun Valley. Moore, together with her ex-husband Bruce Willis decided to raise their three daughters out of show business, away from Hollywood in Idaho.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
10. Johnny Depp was born in Owensboro, Kentucky, and is now ruled by Hollywood, but he lives in a house in France with his long-standing French passions, singer Vanessa Paradis. Johnny Depp and Vanessa Paradis live in the upscale suburb of Paris - Meudon. This celebrity couple attracted so much attention that their neighbor had left a note on the house, stating that in fact Johnny Depp does not live here. But no, of course, was not misled.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
11. Bill Gates comes from Seetla, and after the foundation of Microsoft's built his dream house in 1997 in Medina, Washington. House Gates worth $ 109 million is on Lake Washington. This residence occupies an area of 11500 square feet and literally crammed with every foot of the newest tech devices, so it may seem that this house - from the science-fiction books. Absolutely everything here is controlled by remote controls or touch screens - from the floor heating to the setting of light and music throughout the house.
Top Most Expensive Houses of Famous People
Top Most Expensive Houses of Famous People
12. John Travolta often speaks of his love for flying on planes, so it is no surprise that his hobby is playing a role in the purchase of real estate. John Travolta and Kelly Preston called his home this residence in a modest town of Ocala, Florida. They bought this house for 8 million in 2003, largely because it has the largest private runway in the U.S.. Travolta loves to park his Boeing 707 next to the front door. "If out of her bedroom window I can see the plane - I'm happy," - said John Travolta.