Antara  punca bau badan ialah ketidakseimbangan hormon, diet, obesiti, menopaus  dan pembiakan bakteria di tempat terpencil seperti bawah lengan. 
Puncanya, peluh berlebihan.
Tidak  kita jantina, aroma yang kurang menyenangkan itu sering kali  menimbulkan suasana kurang selesa sama ada kepada yang empunya badan  mahupun orang yang berada di sekelilingnya.
Pengarah  Urusan Riemann & Co, Anne Kirstine Riemann, berkata secara purata,  seorang dewasa mempunyai kira-kira lima juta kelenjar peluh di seluruh  tubuh, tetapi lebih banyak pada beberapa bahagian tubuh seperti dahi,  tangan dan kaki.  Bagaimanapun, secara perbandingan, ketiak manusia mempunyai sejumlah satu peratus daripada keseluruhan kelenjar peluh.
“Bagaimanapun,  peluh pada bahagian ketiak lebih ketara kerana peluh tidak mudah  menyejat sebagaimana bahagian tubuh yang terdedah. Mengurangkan bau  berkenaan, penggunaan bahan antipeluh dan deodoran sering kali menjadi  pilihan yang mana ia mempunyai fungsi berbeza.
“Penggunaan  bahan antipeluh mengurangkan peluh dengan mengawal aliran peluh pada  ketiak sekali gus menutup bau badan. Deodoran pula menghalang bau  menerusi penggunaan wangi-wangian dan mengurangkan tahap bakteria pada  ketiak, namun ia tidak menghalang perpeluhan,” katanya ketika ditemui  sempena pelancaran produk antipeluh PerspireX di ibu negara, baru-baru  ini.
Katanya,  melihat fungsi berkenaan menyebabkan ada yang menyatakan penggunaan  bahan berkenaan boleh menyebabkan barah payu dara kerana didakwa memberi  kesan kepada gen DNA yang mengawal pembentukan ketumbuhan barah.
Tegasnya  tiada bukti mengenai hal ini kerana secara fisiologikal, sukar bagi  bahan kimia menembusi buah dada kerana kelenjar limfa lazimnya  menghapuskan sebarang toksin.
Katanya,  produk antipeluh PerspireX mempunyai ciri unik kerana tidak perlu  disapukan pada bahagian dikehendaki setiap hari, sebaliknya hanya dua  kali seminggu sebelum tidur dan pastikan pada kulit yang benar-benar  kering, diikuti mandi pada keesokannya.
Mengulas  lanjut, Riemann berkata, Perspirex dihasilkan oleh bapanya kira-kira 28  tahun lalu bagi membantu beliau yang mengatasi masalah peluh berlebihan  ketika remaja dulu.
“Ketika  bekerja dulu, saya pernah ditegur kerana memiliki bau badan yang kurang  menyenangkan dan hanya menyedari apabila ditegur rakan sekeliling. Saya  ingatkan pakaian saya yang menyebabkan bau itu dan bagi mengatasinya,  saya kerap menyalin tukar baju.
“Tetapi  akhirnya saya mengaku ia berpunca daripada tubuh saya dan ia dianggap  sebagai masalah bau badan. Sejam selepas mandi, bau badan saya tetap  berbau macam satu hari tidak mandi,” katanya.
Mujur  bagi Riemann, apabila ayahnya menyedari masalah dihadapi lantas ayahnya  yang juga Pengarah Urusan Perspirex ketika itu tampil bersama formula  yang menghalang daripada berpeluh berlebihan.
Kini  syarikat berkenaan dikendalikan olehnya di lokasi kilang baru yang  dibuka tahun lalu di Hilleroed, Denmark. Beliau bersama rakan kerjanya,  Pengarah Jualan, Irene Stnotrk Jdegreergensen memahami individu yang  menderita hyperhidrosis.
Katanya,  akibat masalah itu ada yang enggan menanggalkan jaket mereka kerana  berasa malu orang boleh melihat ketiaknya yang berpeluh, dan dalam kes  lain ada yang ‘menyembur’ minyak wangi untuk menutup bau peluh badan  mereka.
Produk  ini dikatakan mendapat sambutan menggalakkan di Asia kerana cuaca  rantau itu yang panas menyebabkan orang ramai mudah berpeluh dan  menyebabkan badan berbau.
Perunding  Bedah Kardiovaskular dan Torasik, Dr David Khoo, berkata pesakit yang  menghidap penyakit itu akan berhadapan dengan masalah sosial apabila  berasa rendah diri dan rasa tidak selesa.
Katanya,  menangani masalah berkenaan segelintir pesakit mencari penyelesaian  seketika seperti mengambil suntikan botox dan ada juga yang memilih cara  pembedahan singkat, endoscopic thoracic sympathectomy, yang boleh  menghalang isyarat saraf daripada mengeluarkan peluh.
“Pembedahan  adalah pilihan terakhir kerana ia mungkin membabitkan sedikit kos.  Sungguhpun ada pesakit yang berusia belasan tahun menjalani pembedahan,  sebagai pengamal perubatan kita tidak melakukan ia sesuka hati.
“Sebagai  contoh sekiranya pesakit ingin pembedahan dilakukan kepada anak yang  kecil, kita khuatir pula sekiranya pada masa depan ia akan sembuh  sejajar pertambahan usianya,” katanya.
No comments:
Post a Comment