
1.  Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa  semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan  syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam.  Kekal dalam neraka selama-lamanya.
2.  Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak  melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam  solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan  perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan  hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup  aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi  kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah  dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak  tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan  cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya?  Boleh tahan tak?
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4.  Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa  hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya.  Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram.  Melesapkan duit kawan... harta yang haram.
5.  Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah  mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat  orang.
6.  Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk  dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
 
 
No comments:
Post a Comment