
Kali ini, ada 2 petua yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan bau badan. Anda boleh gabungkan kedua-duanya sekali untuk hasil yang lebih baik.
PERTAMAAnda ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab anda perlukan "jus" nya.
- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.
- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.
- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.
- Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.
KEDUA:
Sekiranya anda berpeluh, lapkan peluh tersebut dengan menggunakan tisu pelembap bayi. Salah satu contohnya ada kat bawah ni.
No comments:
Post a Comment