Wednesday, 19 December 2012

DOA KEBAHAGIAAN UNTUK AKU

Daisypath Anniversary tickers

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling Mencinta 
dikala dekat dan jauh, 
Saling menjaga kehormatan dikala jauh, 
Saling menghibur dikala duka, 
Saling mengingat dikala bahagia, 
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, 
Saling menyempurnakan dalam peribadatan. 

Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami 
dengan menjadikan Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu 

Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Amin Ya Rabbal Alamin

DOA UNTUK MU WAHAI BAKAL ANAK KU

Lilypie Pregnancy tickers

Ya Allah, 
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik 
dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. 

Ya Allah, 
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. 

Ya Allah, 
jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, 
alim dan beramal. 

Ya Allah, 
panjangkanlah umurnya, 
sihatkanlah badannya, 
baikkanlah akhlaknya, 
fasihkanlah lisannya, 
baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, 
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Amin Ya Rabbal Alamin


OPEN OPIS RAYA 2012

pada musim raya tahun ini opis sy telah mengumumkan akan adenye sebuah OPIS OPEN HOS anjuran STM sempena meraikan HARI KEMENANGAN semua umat Islam serta meraikan ulang tahun staff yg lahir pd JUN, JULY dan OGOS dengan tema WAJIB BAJU RAYA.
oleh itu mari kite ENJOYYYY!!!!

en faiz dan pn yanti gigih dlm persiapan majlis sambil diperhati oleh mando kami pn lina.

barang bertuah untuk staff bertuah.  siap dipacking dan dilabel oleh pencacai sehari sebelum majlis.

mando kami pn lina mengarahkan pencacai untuk membetulkan kedudukan lapik meja agar kelihatan sempurna.

kata kata aluan dr YBMSW bersama tetamu jemputan.

bacaan doa selamat sebelum majlis oleh en ridzuan ustaz wannabe. (panjangnye doa)

makann yang dpt disajikan hasil kutipan semua staff RM8 setiap seorang dan staff dipakse utk membawa kuih raya jika mahu menyertai majlis. (kejam)

sate yang menggiurkan rm0.50 sebatang. (keras cm batu)

1 meja tidak mencukupi utk hidangan mknn. (buruk lantak)

pn suhana yang menyambut ulangtahun kelahiran pada 15/6/2012.

pn miza menyambut hari ulangtahun kelahiran pada 06/07/2012.

pn aishah menyambut hari ulangtahun kelahiran pada 19/08/2012.

dan en adi menyambut hari ulangtahun kelahiran pada 17/07/2012.

kek untuk pn suhana. (org lame)

kek untuk pn miza. (otai)

kek untuk en adi dan pn aishah. (org baru tepakse le kongsi kek)

mari putong kek

yeyyyyyy!!! majlis makan makan bermule. (acara yang ditunggu tunggu) ehh??? ade DATIN WANNABE la!  hai datinnnsss...

cik idah dn cik ain kelihatan gembire dengan makan yang dijamu.

eh? manusia yang masih lapar.  wah siap tapau!!! 

rendang ayam dimasak ranum oleh pn masitah. (juga ats paksaan)

bile kenyang acare bg hadiah pn bermule dan ini adalah antara yang bertuah. (hadiah ditaja sepenuhnya)

da kosong meje hadiah, marilah bergambar kenangan.
ni je lelaki yang kami ade. dr kiri en ustad (wannabe), en zaril (happy), en faiz (skema), en fahmy (gayat macho cover), en nuar (baby face) dan en adi (shy shy cat) .

para wanita yang menanti jejaka yg sdg sebok bergambar. lame doh

sempat ngumpat kan...

giliran kami!! brato brato! susun susun! dok sini dok sini.

susunan kumpulan nasyid 80an. eee old pesen.

lagak ngeri

ei yanti ni spoil la! asek buat poyo die je. turunkan tangan tu!

ha ok sedie senyum buat muke monyet SNAP!!!!! 

eeeeee..... knp ni...

kuih fahmy berwarne warni katenye kuih yang dibawe ini adalah serpihan serdak kuih yang masih tinggal.

buah oren yg dipotong oleh pencacai (baru blaja pegang pisau).

tetamu jemputan.

gambar akhir sebelum kembali bekerja seperti biase.

SERONOK SANGAT SEHARI BERCUTI.

Tuesday, 18 December 2012

terima kasih PN SITI MAR'ATUL HUSNA HJ KHAIRUDDIN

Terima kasih kpd PN SITI MAR’ATUL HUSNA HJ KHAIRUDDIN 
krn ingat akan hari ulang tahun saye.  
Terima kasih daun keladi, tahun depan kasi lagi. 


 Selamat hari ulang tahun mira yang ke 23.  saye dpt hadiah orang bg.  OREO CHOCOLATE wow.


 kate pn una anak beliau telah patah kan bunge-bunge sy yang indah ini.  

lihat! dua bunga telah dipatahkan! TERIME KASIH.

Sunday, 16 December 2012

Mengawal Kemarahan Mengikut Islam, Bagaimanakah Caranya? (Satu Artikel Ringkas Untuk Yang Berfikir)


Assalamualaikum.


Diminta supaya anda membaca artikel sehingga habis untuk memudahkan pemahaman anda.

Sebelum meneruskan pembacaan,dicadangkan adalah lebih elok untuk anda menonton video 10 minit di bawah ini.  Ini kerana, penulisan ini akan berdasarkan kandungan video di bawah ini.



Baiklah.

Sebelum itu juga, elok diingatkan, artikel ini ditulis sebagai panduan dan peringatan kepada diri saya juga.


Saya sebelum ini merupakan seorang yang panas baran (dan masih cuba untuk mengatasi masalah ini sehingga hari ini).  Silap sedikit sahaja, saya sudah merasa kepanasan di kepala.  Apabila kepanasan melanda,lahirlah maki hamun.

Hurm. Saya pasti ramai di antara anda sebegini juga.

Tetapi, janganlah berterusan begini.

Kita mesti berbuat sesuatu mengenainya. Dan dari mencuba pelbagai teknik mengawal kemarahan ciptaan manusia yang tidak pernah terbukti keberjayaan itu, baiklah kita mengamalkan teknik mengawal kemarahan yang diajarkan oleh Maha Pencipta kita, Allah SWT.


Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; 


Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. [42:36-37]


Okay.

Begini.

Apakah kaitan di antara dua ayat di atas ini?

Sabar. Kita bincang satu persatu (semua yang ditulis ini ada di dalam video di atas).

Sebenarnya,semua perkara yang diberikan kepada kita di atas muka bumi di dalam hidup dunia ini, semuanya hanyalah perkakas (utility) untuk memudahkan kehidupan kita di sini sahaja.

Ianya boleh diibaratkan sebagai pembuka tin yang anda gunakan di rumah.  Anda hanya gunakannya untuk membuka tin.  Tiada orang normal yang berbangga dengan jenis penutup tin yang dimilikinya.  Kerana,ianya hanya pembuka tin.

Sama juga dengan perkakas di dunia.  Ianya bersifat sementara sahaja.  Jika kita menjadi hamba Allah yang baik di dunia ini, kelak di akhirat, kita akan mendapat balasan yang lebih baik.  Dan, most importantly, perkara itu adalah kekal.


Ya.  Kekal.  Dunia ini sementara sahaja.  Jadi, tidak perlulah kita tergila-gilakan sangat dengan dunia ini.


Tetapi, untuk percaya (beriman) akan pernyataan ini bukanlah mudah.  Kerana, hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang yakin bahawa dunia ini adalah sementara sahaja.Hanya orang yang benar-benar yakin sahaja percaya bahawa setiap perbuatan di dunia akan dibalas di akhirat kelak.

Itu satu.

Apakah kaitan dengan mengawal kemarahan?

Lihat ayat seterusnya.

Balasan-balasan (yang bakal dimiliki di akhirat kelak) ini adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan keji serta apabila mereka marah, mereka memaafkannya.

Haa.

Itu dia.

Baiklah.

Hendak bertenang ketika sedang marah, itu sudah menjadi satu perkara.  Tetapi, hendak memaafkan ketika sedang marah.  Tentulah lebih sukar.

Jangan bimbang.

Cuba bacakan ayat ini betul-betul.  Renungkan maksudnya.  Jika tidak faham penulisan saya, tonton video di atas.

Itulah dia tips mengawal kemarahan mengikut cara Islam, cara yang diajarkan oleh Maha Pencipta, Allah SWT.


Memang sukar mengawal kemarahan.  Tetapi, ingatlah.  Di dunia ini hidup hanya sementara.  Paling lama boleh pergi jauh dalam 80 tahun sahaja.  Kemudian, selepas 80 tahun itu kita ada apa lagi?  Kita sudah mati selepas itu.  Duduk di dalam kubur seorang diri.  Menunggu Hari Pembalasan.  Tiada teman.

Itu belum bicara tentang balasan dan seksa di dalam kubur lagi.  Ngeri bukan?  But, well, it's a true story.

Jadi, keadaan kita kelak, bergantung kepada perlakuan kita.  Dan semestinya rahmat Allah SWT.

Jadi, jika sedang marah, ingatlah ayat ini.  Sabarlah.  Berpalinglah dari orang yang menjengkelkan itu.

Dan, ingat.  Pasti semasa kita sedang marah, akan datang musuh nombor satu kita untuk menghangatkan lagi kemarahan kita.

Siapa musuh itu?

Syaitan.  Ya.  Itu dia.Syaitan Yang Direjam.

Beliau bekerja menyesatkan kita 24/7 dengan semangat dan disiplin yang sungguh tinggi dengan harapan supaya kita menyertainya di neraka kelak.Berbanding dengan kita yang mudah lalai.  Jadi, berhati-hatilah.

Nak-nak waktu tengah marah, pasti kita lemah mudah dihasut Syaitan yang melaga-lagakan kita.

Cara yang paling mudah adalah beredar dari tempat pergaduhan, beristighfar dan memaafkan.  Dan, ingatlah.  Kita boleh sahaja jika mahu membalas perbuatan orang itu.  Perhatikan ayat di bawah ini.


Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. 


Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. 

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. 

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). [42:40-43]


Tetapi, ingatlah.  Memaafkan itu lebih baik.  Dan balasannya lebih baik.

Cuba lihat.

Adakah anda mahu melepaskan nafsu kemarahan yang bersifat sementara itu dan kemudiannya menyesal akibat kemarahan itu, atau anda mahu memaafkan dan mendapatkan balasan, rahmat dan keredhaan-Nya?

Anda fikirkan.

Banyakkanlah bersabar.

Sebenarnya hidup ini, jika makin banyak kita cuba untuk bersabar,makin banyak perkara-perkara annoying muncul.  Itu semua hanyalah dugaan.

Percayalah.

Sama jugalah jika anda (lelaki) ingin memelihara pandangan mata anda daripada melihat aurat wanita, pasti dan-dan sahaja lepas itu muncul pelbagai wanita yang jelita.

Tetapi, ingatlah.  Dunia ini sementara.  Akhirat itu jugalah yang kekal.

Jadi, kesimpulan bagi artikel ini adalah seperti di bawah,


Cara mengawal kemarahan mengikut Islam adalah bersabar dan memaafkan.Dan percayalah bahawa balasan bagi orang yang memaafkan di akhirat kelak lebih besar dan lebih kekal.Percayalah dengan janji Allah.


Dan renung dua hadis di bawah ini juga,


Nabi SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)


Nabi SAW bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)


Anda renung-renungkan.(link)

Satu penulisan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.


CREDIT TO : PENA MAYA

PAKU DULANG PAKU SERPIH - PART 2

MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH ha kann..


aku tak dapat memahami la jiwe manusie yang suke aja org tp sendiri kurang aja.  nak kate tak takde otak, jawatan OK OK je kot walopon maseh title KULI je tp die punye EEK mcm owner, ceh bole bla ke cm tu.  aku luahkan ni bukan atas dasar pengalaman aku je tp pengalaman manusie yang senaseb ngn aku.  selalunye or majoritinye manusie yang dilabel seperti tajuk tersebut di atas adlh MANUSIA YANG PALING MENJENGKELKAN.  

aja orang lain buat baik jangan jahat, tp ko? baek sangat? 
marah org buat salah jeret jeret mcm histeria tak tentu pasal, ko? da cukup bagus?
maki hamun org buat silap mcm dunie ni ko punye, tak ingat mati dah ke?
bongkak bangge diri riak kejar dunia, ko pk ko takkan mati ke?
tuding jari sane sini bangkit name org tak semene mene tak nak ngaku salah sendiri, ko sempurne?


professional la der, fikir sebelum mengeluarkan kate2, gune brain sblm menaip perkataan tak susah pn sbb AKAL dah diberi utk berfikir bukan gune nafsu utk arahkan tindakan kelak nnt memakan diri.  orang lain pn ade perasaan, ade rase marah, ade rase sedeh, ade rase terkilan, ade rase bengang, nak jugak perasaan HAPPY sentiase mcm ko, jangan la ingat mentang2 org bute tuli denga, diam, tak melawan, mintak maaf bile di marah tnp sempat bela diri maknenye org tu REDHA dengan batu bate yang ko lontar kat dorg.  MANUSIE BUKAN ROBOT YANG DI SET SEMPURNE LAKUKAN SEMUA  PEKERJAAN. ingat tu.

jadi nak nasihat utk diri aku sendiri dengan si MANUSIA SEMPURNA WANNABE tu kalau nak orang lain berdisiplin KO DULU KENE TUNJUKKAN DISIPLIN YANG SEMPURNA TANPA SILAP DAN CELA. bole????????


ape yang ko buat orang ingat, orang nampak, orang tahu tapi ape yang manusia ditindas doakan utk ko, ko tak tau. jd BERWASPADALAH.  satu hari nnt kau akan bertemu BUKU DENGAN RUAS mase tu baru ko tau LANGIT TINGGI KE RENDAH.  

KENYATAAN IKHLAS DARI 
GROUP MANUSIA YG MASIH BOLEH BERSABAR.