Thursday, 31 January 2013

HEPI BIRTHDAY MIRA MASDAR!!! -24


Hepi beday mira masdar..
8 tahun sambut beday ngn iman
21 tahun sambut beday ngn cila
23 tahun sambut beday ngn ibu ngn babah
dorang tak pernah lupe nak gembirekan hati sy. sbb tu setiap kali ulang tahun da biasekan rase diri ni yang paling special.
tp tahun ni sambut beday yang special sgt sbb nak sambut dgn org baru yey. hati bunge bunge

wow rase seronok sangat2 nak sambot beday kali ni tp dapat jumpe die selame 15 minit je 15 minit sebelum jam 12 tengah malam 31 january 2013.  so automatik sebenarnye sambut beday sorang sorang.  lepas tu die pegi sbb ade bende yang lagi penting nak diuruskan.  berat nak lepaskan die pegi sbb tak suke tinggal sndiri . sebaknye rase dade bile org tinggalkan kite.

aku jarang rase sedih mase bujang2 belake tp sejak hamil ni selalu sangat naik angin tak semena, nangis tibe2, perasaan mcm pantai dipukul ombak, tp kene tanggung sndiri la sbb org lain tak faham.  orang lain tak kesah pn perubahan hormon yang jadi kat sy.  org lain ingat gile pompuan ni agaknye suke cakap yang bukan bukan.  orang tak suke.  so mira dpt pelajaran baru pd ulang tahun kelahiran ke 24 ni yang manusie ni tempat mengadu hanye kepade Allah sahaje bukan kpd manusie sejagat or manusie yang sangat dipercayai or manusie kesayangan.  sbb dorg semua pn ade hal masing2 yang lagi penting nak difikirkan drpd menerime aduan perasaan perempuan hamil yang cume ade 1 akal ni je.  buang mase dan tak waras nak dibawe ke tengah.  sy sanggup tido 2 jam je sbb tunggu org special nak sambot beday sasame.  nak denga die nyanyikan lagu beday, nak denga doa hari ulang tahun dari die mcm biase babah, ibu , cila ngn iman buat titiap tahun tu... tp takde rupenye sbb sy dah buat die sedih.   mira jaaahaattttt...

fine mira, org dah tak suke tak payah nak menagih ape ape lagi sbb nnt lagiii  buat ko sedeh.  jage je diri sndiri, perasaan sndiri dengan duit poket sndiri.  tak payah la rase seronok ngn nk rase special sangat dengan manusie kesayangan ko tu sbb die ade bende lagi special yang die perlu layan.  so take care of ur diri mira mmmuah!  dah subuh la mira g solat pastu berdoa kepade Allah ucap terima kasih dan syukur kpd Allah kerane masih diberi peluang bernafas untuk umur yang ke 24, semoge dipermudahkan urusan semasa bersalin nnt.  sbb nak rase pegang baby, tp kalau dah ditakdirkan tidak sempat sy tetap redha kerana Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambanya.

SELAMAT HARI ULANG TAHUN MIRA MASDAR YANG KE 24.  jum nyanyi lagi mira!!!!!

yey!  huhuuuuuu

Wednesday, 16 January 2013

FPPS PUTRAJAYA


Assalamualaikum.

17 jan 2013 Alhamdulillah kehamilan sy sudah mencecah 19 minggu.  Indah rasenye maklumlah anak pertama kan..  huhuuuu aku la yang paleng sebok a.k.a. batak nak carik barang2 baby la kononnye OVER EKSAITED.  Tp kalo nak beli pape pun aku tunggu SALE la.

Bukan nak cite pasal beli barang hari ni.  Aku nak story pasal survey utk FPPS PUTRAJAYA apakah? 

FPPS (Full Paying Patient Scheme)  ini ialah  SKIM PESAKIT BAYAR PENUH di mana pesakit boleh memilih untuk menerima semua kemudahan sebuah hospital swasta.

Apa kelebihannya?
Pesakit boleh membuat pilihan Pakar dan nikmati beberapa kemudahan seperti Wad Kelas Pertama dan Wad Eksekutif.

Apa pula syarat-syaratnya?
Pesakit perlu bersetuju untuk membayar semua caj kos perubatan oleh pihak berkuasa hospital dengan menandatangani Borang Persetujuan.

Siapakah yang layak untuk menjadi pesakit FPPS?
§              Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
§              Kakitangan kerajaan yang memilih Skim FPP.
§              Pekerja sektor korporat / swasta di mana majikan mereka / organisasi telah bersetuju untuk menanggung perbelanjaan perubatan mereka.

Perkhidmatan / Rawatan Pakar Skim FPPS ialah :
§              Rawatan Pesakit Luar
§              Rawatan Kemasukan
§              Trearment harian
§              Skop perkhidmatan
§              Pembedahan Am
§              Perubatan Am
§              Obstetrik and Ginekologi
§              Ortopedik
§              Opthalmology
§              Pediatrik
§              Anestesiologi
§              Otorinolaringology (Telinga, hidung dan Tekak)
§              Pergigian (Dental Surgery)
§              Psikiatri

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan FPPS?
§              Pesakit boleh "Walk in" di Kaunter FPPS
§              Dirujuk oleh doktor perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta
§              Dengan Menghantar e-mel ke alamat berikut untuk maklumat FPPS: info@hpj.gov.my.
§              Dengan menghubungi 03 - 8312 4372 / 03 - 8312 4371 untuk sebarang pertanyaan.

Pendaftaran FPPS :
Untuk mendaftar, pesakit mesti membawa bersama dokumen berikut :
§              Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran / Visa / Pasport.
§              Surat Jaminan (GL) daripada syarikat atau syarikat insurans menyatakan kelayakan mereka bagi Skim FPPS.
§              Deposit.
§              Surat Rujukan Perlantikan / Kad (jika ada).

Pendaftaran boleh dibuat pada hari bekerja.

Nota :
Pesakit yang memilih Skim FPPS harus menandatangani Borang Perjanjian Skim FPPS / Borang Keizinan.

Apakah Menu Diet untuk Pesakit FPPS?
Pesakit FPPS akan dihidangkan dengan menu berdasarkan menu untuk Wad Kelas Pertama.

Deposit :
Pesakit dikehendaki membayar deposit berdasarkan kadar yang ditetapkan iaitu minimum RM 3,000.00 atau 50% daripada anggaran kos keseluruhan rawatan yang mana lebih tinggi.

Deposit tambahan :
§              Deposit akan dikaji semula setiap hari untuk memastikan keseimbangan yang mencukupi tidak kurang daripada RM 1,000
§              Satu surat peringatan bagi deposit tambahan akan dikeluarkan kepada pesakit / kaum kerabat dari masa ke semasa apabila baki deposit telah mencecah ke RM 1,000.
§              Bayaran tambahan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dari tarikh menerima surat peringatan.

Caj Hospital
Pesakit juga dikehendaki untuk mengemukakan pembayaran apabila pendaftaran dan perundingan sebagai yang dinyatakan dalam jadual di bawah :

Details
Clinical Hours 8am – 6pm
After Clinical Hours

Registration
Consultation
Registration
Consultation
New Cases
RM 10
RM 100
RM 10
RM 150
Repeat Cases
No Charges
RM 60
No charges
RM 90


Caj Pendaftaran dan Perundingan untuk pesakit / Penjagaan Harian



Clinical Hours
Registration
RM10
Consultation
RM60
Consultation for intensive care
RM90
After Clinical Hours
Registration
RM10
Consultation
RM120
Consultation for intensive care
RM180

Caj katil :

Class
Medicine/Surgery/Obstretrics and Gynaecology
Executive(single Bed)
RM 300 per day
First Class(Single Bed)
RM 160 per day
First class(double bed)
RM 130 per day
First class(4beds)
RM 80 per day


Caj untuk Penjagaan Kritikal / Rapi

Daily Care Bed Each Case
RM 70 per day
Critical / intensive Care bed
RM 400 per day(max 14 days)
Coronary Care bed
RM 400 per day(max 14 days)
Neo Natal Intensive Bed
RM 200 per day(max 14 days)
Priority Interest Care bed
RM 160 per day(max 14 days)


Penjagaan harian Setiap Kes

Daily Care Bed Each Case
RM 70 per day
Critical / intensive Care bed
RM 400 per day(max 14 days)
Coronary Care bed
RM 400 per day(max 14 days)
Neo Natal Intensive Bed
RM 200 per day(max 14 days)
Priority Interest Care bed
RM 160 per day(max 14 days)


Caj Lain :

Bilik Bedah : RM 250 satu jam

Bilik Bersalin : RM 250 satu jam


Nota:
Pesakit yang telah bersetuju kepada FPPS akan diminta untuk membuat bayaran sebelum dibenarkan mendapatkan ubat yang ditetapkan atau sebelum diberi temujanji untuk rawatan ulangan.

Resit pembayaran akan dikeluarkan selepas semua bil dibayar.

Tiada pengecualian pembayaran di bawah skim FPP.

Pertikaian Pembayaran :
Sebarang pertikaian ke atas pembayaran adalah secara bertulis jika penjelasan lisan tidak mencukupi. Pertikaian yang tidak dapat diselesaikan akan dirujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Malaysia. Pengembalian hanya akan dibuat selepas keputusan oleh Setiausaha Agung Kementerian Kesihatan, Malaysia.

Penamatan dari FPPS :
Sekiranya deposit tambahan tidak diterima pada 12 tengah hari pada hari berikutnya, pesakit akan dipindahkan dari Wad Eksekutif ke Wad Kelas Pertama.
Pesakit perlu menyelesaikan bil-bil mereka sepenuhnya sebelum dipindahkan ke wad yang lebih rendah.


PIC CREDIT TO : ADLYN

Tuesday, 15 January 2013

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL


Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan?


Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:


  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.


Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda. 

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika: 



  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika pasangan anda mengalaminya. 


Bilakah saya harus berjumpa doktor?


Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal. 


Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu. 



Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memebri tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri. 



Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil. 



Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan. 


Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?

Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:


  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

Baca artikel kami untuk mengetahui rawatan tradisional untuk keputihan




Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. 


Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga. 



Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat. 

CREDIT : BABY CENTER

PERUT MENGERAS SEMASA HAMIL




Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa hamil : 


1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi


Cara menangani perut mengeras semasa hamil :


1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan



credit to : DAVNES