Anda juga boleh menonton video animasi 3D kami yang menunjukkan perkembangan fetus anda dari detik persenyawaan hinggalah tiba masa bersalin. Semua video tersebut disertai sari kata Bahasa.
PersenyawaanSaksikan apa yang berlaku semasa proses persenyawaan. | |||
Satu bulanBayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan. | |||
Dua bulanKetika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput. | |||
Tiga bulanKetika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya. | |||
Empat bulanBayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang. | |||
Lima bulanKening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya. | |||
Enam bulanBerat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak. | |||
Tujuh bulanPada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya. | |||
Lapan bulanBerat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang. | |||
Sembilan bulanSudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini. | |||
Bulan ke bulan dengan skan ultrasoundLihat ringkasan kami mengenai perkembangan bayi anda dari dua bulan kehamilan. Dalam setiap bulan, terdapat gambar 3D yang interaktif dari imbasan yang mungkin memberi gambaran tentang rupa bayi anda. |
TERIMA KASIH : BABY CENTER
No comments:
Post a Comment