Thursday 28 March 2013

Tip ibu-bapa: bagaimana cara untuk menyayangi perut anda

Ada beberapa cara menarik yang boleh membantu anda dan suami untuk menjalin ikatan dengan bayi dalam kandungan anda, contohnya, kali pertama anda mendengar degupan jantung bayi anda dan apabila anda melihat si kecil pada skrin imbasan. Tetapi bolehkah anda benar-benar mengenali bayi anda semasa dia masih lagi di dalam perut? Kami bertanya kepada bakal ibu-ibu di BabyCenter tentang bagaimana mereka menjalin ikatan dengan perut mereka. Mereka mempunyai banyak tip yang menarik, daripada mandian yang menenangkan hinggalah kepada menyanyi dengan kuat!

Bagaimanakah cara untuk bercakap dengan perut saya?

"Apabila saya rasa tendangannya saya akan sentuh perut saya dan berkata, 'Ya, sayang. Ibu ada di sini.' Bercakap dengan perut benar-benar membantu saya menjalin ikatan dengan bayi saya."
Fran 

"Saya sentiasa berbual-bual dengan perut saya. Ia membuatkan saya rasa gembira dan relaks, dan saya pasti bayi saya dapat mengenal suara saya."
Laura 

"Saya merasa ikatan yang paling kuat dengan bayi saya semasa dalam tab mandi. Saya suka berehat di dalam tab mandi sambil berbual-bual dengan bayi dalam kandungan dan mencuci perut saya dengan buih sabun."
Vicky 

"Setiap pagi dan malam saya akan menyapu krim pada perut saya sambil menyanyi lagu yang sama setiap hari. Saya harap bayi saya akan kenal lagu itu dan merasa tenang apabila mendengarnya selepas dia lahir nanti."
Christina 

"Seseorang memberitahu saya bahawa bayi dalam kandungan mendengar setiap masa. Saya dan suami gemar berbual-bual dan menyanyi mengikut alunan muzik kerana kami yakin bayi kami boleh mendengar. Kami dapati cara itu lebih mudah daripada bercakap secara langsung dengan perut saya."
Mel 

"Saya menyanyi kepada bayi saya setiap malam. Saya ada mendengar bahawa jika bayi dalam kandungan mendengar lagu yang sama sebaik sahaja dia dilahirkan, lebih mudah baginya untuk tenang. Saya menganggapnya sebagai pelaburan untuk masa hadapan, serta sebagai cara untuk menjalin ikatan dengan bayi saya."
Annie


Bagaimanakah saya boleh bertindakbalas terhadap tendangan-tendangan bayi saya?

"Saya mereka satu permainan dengan perut saya! Apabila bayi saya menendang, saya akan cucuknya dengan lembut. Kemudian saya akan lihat jika dia akan menendang lagi di tempat yang sama atau di tempat yang lain. Kadang-kadang saya hanya berdiam diri dan menunggu, dan selalunya dia akan menendang lagi. Bayi saya suka bermain sorok-sorok!"
Rebecca 

"Saya suka apabila bayi saya tiba-tiba sahaja menendang. Saya akan mengusapnya dan berkata 'hello' kepadanya dengan kuat."
Tara



Bagaimana saya boleh membantu anak-anak saya yang lain untuk menjalin ikatan dengan adik mereka?

"Clara, anak perempuan saya yang sulung, suka mencium perut saya dan mengusapnya pada waktu pagi. Ini membuatkan saya rasa bahawa bayi ini sudahpun menjadi sebahagian daripada keluarga kami."
Sandy 

"Anak-anak saya suka meletakkan tangan mereka pada perut saya dan memberitahu adik mereka betapa mereka gembira mendapat adik perempuan baru!"
Sabina



Bagaimana saya boleh membantu perut saya merasa disayangi?

"Waktu malam, di atas katil, adalah waktu kegemaran saya dengan bayi. Ini adalah masa di mana dia paling banyak bergerak, jadi saya cuma duduk sahaja sambil melihat perut saya bergerak-gerak dan mengusapnya perlahan-lahan."
Eve 

"Saya cuba memikirkan perkara-perkara positif dan menyalurkannya kepada kandungan saya pada siang hari. Saya yakin bahawa bayi saya bergerak lebih banyak apabila saya melakukannya!"
Brooke 

"Apabila saya pulang ke rumah daripada kerja, saya akan duduk, tutup mata dan letakkan kedua-dua tangan saya pada perut saya. Saya fikirkan tentang bayi saya dan membayangkan dia sedang bermain, menghisap jari dan tersenyum."
Alison


Saya sangat sibuk. Bagaimanakah saya boleh meluangkan masa untuk menjalin ikatan dengan perut saya?

"Pada waktu malam, apabila saya sedang cuba untuk tidur, saya akan menyentuh dan mengusap perut saya, dan bercakap dengan bayi saya. Saya beritahunya tentang apa yang saya buat sepanjang hari dan bagaimana saya rasa melakukan kerja-kerja seharian dengan ditemaninya."
Lois 

"Saya suka beritahu perut saya apa yang sedang saya lakukan sepanjang hari. Saya bercakap dengannya apabila saya melihat ke dalam peti sejuk untuk mencari sesuatu untuk dimakan dan bertanya 'Apa yang sayang hendak makan? Sayang teringin hendak makan apa?' Ini benar-benar membantu saya menjalin ikatan dengan bayi saya."
Andrea 

"Ketika melakukan aktiviti-aktiviti seharian saya, saya bercakap dengan bayi saya seolah-olah dia sudah ada di sini, dalam pelukan saya atau berbaring dalam kereta sorongnya. Ini membantu saya mengingati bahawa realitinya, dia sudah berada di sini bersama-sama saya!"
Kath





Bagaimana saya boleh membantu suami saya menjalin ikatan dengan perut saya?

"Suami saya membacakan cerita kepada perut saya setiap malam kerana dia mahu bayi kami kenal suaranya juga."
Lucy 

"Suami saya mula belajar bermain gitar apabila dia dapat tahu saya sedang hamil. Kini dia memainkannya kepada perut saya kira-kira tiga kali seminggu."
Sumaiya 

"Suami saya bekerja di Perancis selama dua bulan dan dia menulis e-mel kepada bayi kami dua kali sehari (saya terpaksa membacakan e-melnya kepada perut saya). Dia juga bercakap dengan perut saya di telefon, dan memilih cerita apa untuk saya bacakan kepada bayi kami setiap malam."
Lola 

"Suami saya menulis e-mel kepada bayi kami, dan memberitahunya bagaimana perasaannya menjadi seorang ayah. Saya rasa ini benar-benar membantunya untuk mula menjalin ikatan dengan bayi kami."
Humaira 

"Suami saya mencium perut saya setiap masa dan sentiasa mengusapnya. Saya tidak sabar menunggu bayi kami mula menendang supaya dia boleh merasanya juga!"
Sarah 

"Pada mulanya, suami saya tidak begitu berminat pada perut saya. Sebab itulah saya sertai BabyCenter kerana saya mahu tunjukkan kepadanya bagaimana rupa bayi kami semasa dia sedang membesar. Kini suami saya tahu lebih banyak mengenai apa yang sedang berlaku dalam perut saya dan dia telah mula menunjukkan minat terhadap perut saya."
Siew Yen 

"Suami saya mempunyai masalah menjalin ikatan dengan perut saya, jadi saya buatkan sekeping kad menggunakan gambar imbasan bayi kami. Di dalam kad itu saya tulis pesanan daripada bayi kami, memberitahu ayahnya bahawa dia tidak sabar untuk berjumpa dengannya! Ia benar-benar membantu suami saya merasai ikatan dengan perut saya."
Val 

"Saya dan suami meluangkan kira-kira 30 minit sebelum tidur memainkan muzik kepada perut saya. Bayi saya biasanya akan menendang selama kira-kira lima minit selepas itu dan saya dapat merasakannya apabila saya berbaring di katil."
Lydia 

"Apabila suami saya berkata 'Hai' kepada saya, dia juga kini membongkok ke bawah dan menyentuh perut saya dan berkata 'Hai' kepada bayi kami. Ini membuatkan saya merasa bahawa kami sudahpun menjadi satu keluarga."
Holly 

"Setiap kali saya rasa bayi saya bergerak, saya akan tarik tangan suami saya dan letakkannya di atas perut saya supaya dia boleh merasa bayi menendang. Ini benar-benar membantunya menjalin ikatan dengan bayi kami."
Janet 


TERIMA KASIH : BABY CENTER

No comments:

Post a Comment