Thursday 23 February 2012

surat memujuk kesuma jiwa


ala.. susanye nak pujok orang yang tengah merajok manje ni. runsing3. any tips?? ei by bby nak mintak sori ni sbb soh by ikot cakap bby. very2 sori lah. msg la bby eleh.. sombong taw die. nak buat surat utk die lah.


Kehadapan kandaku kesuma jiwa,

Dalam kesuraman malam gerhana bulan nan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit yang hitam, aku terkenangkan nostalgia cinta lama beramas mesra yang kita pernah palitkan berdua di jiwa. Kehadiranmu bersama wang kertas dan kepingan syiling menerajang segala kekusutan yang membelit tali kepale otak ku selama ini. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Rindu itulah tandanya aku kasihmu aduhai kesuma jiwa. Gelora di dalam jiwaku bergetar merayukan sukma lalu menyanyi lagu cinta lagi sebagai tandaku nan membalas cintamu yang tidak mudah hilang dari kenanganku.

Kau juga mengajarku erti cinta, LC, hotel, lamb chop, chicken chop, nsk grg ayam, dgg msk merah, ABC, kinder bueno, PDI, jubah dan telekung. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet atas awan itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh creatures di lautan. Ku kehilangan, bersendirian penuh kesunyian, tiada teman utk mencari hala tuju, tiada juga mahu temankan aku yang sedang menunggu.

Peninggalanmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan denggi bernanah secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Semula aku tidak yakin kau lakukan ini padaku. Bila cinta tak lagi untukku, bila hati tak lagi padaku, bila aku tak baik untukmu, aku kan pergi meski hati tak akan rela. Terkadangku menyesal mengapa ku mohon kau untuk mengikut rentak ku. Sesudah itu aku sering juga mentertawakan perasaanmu. Aku langsung tidak sedar kau rasa terhina dengan cara-cara batak laut ku selama ini.

Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita bagaikan terperangkap di dalam gua tempurung dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagaikan sembilu menghantui hidupku. Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan nenek sebelah ibu ku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.

Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku tak berdaya untuk melupakanmu. Lalu aku membakar oven yang rosak dan menggigit empat anak kura-kura jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah. Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk kutanggung bagaikan mendukung 112 ekor anak beruk.

Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis komuter hingga aku hancur berkecai. Awww! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Sekiranya kau kembali kepangkuanku, aku berjanji akan selalu menjadi bintangmu menerangi gelap dan mimpimu, aku setia di sini mengusap tangismu, menemani sunyi di hatimu.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan Keeley Hazell, Frankie Sandfort, Marisa Miller atau Megan Fox. Aku juga bukanlah Cheryl Cole seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi bubur dan tin markerell yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir di sini, di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah PKNS, selagi ada kedai selipar di sekitar Shah Alam, selagi kumpulan PPG tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah sembilan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu pokok mangga mandul di hadapan rumahku berbuah. Walau ku tahu pokok mangga epal di hadapan mahligaimu seringkali menjuntaikan buahnya ke dalam rumahmu. Tetapi kalau pokok mangga mandulku berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu ya.

terimalah lagu cintaku untukmu. aku nangis. berilah walau secebis pesanan ringkas kepadaku.

2 comments: