Sunday 31 March 2013

HEPI BEDAY MOHD HAFIZ ABDUL KHALIB!!!

yuweeeee!!! hepi beday EN MOHD HAFIZ BIN ABDUL KHALIB yang ke 25!


saye ade barang nak kasi kat awak dan tadaaaaaa!!! beg g keje merangkap beg bayi anda.  boleh kan kongsi...

kenape beli beg ni? sbb ade manyak partition, bole simpan banyak barang dan cantek dibawe ke mane saje.  g keje boleh g janjalan pn buleh.

 mari view bape banyak poket beg ni ada ya

 1

2, 3

4

5
 beli kat SEED JJ bkt tinggi rm149 sahaja.  saye bace kat tenet, kalau nak beli bag baby, beli la beg yang kite suke nak pakai so ok sangat la beg ni sbb brg ubby bukan banyak pn nak bawakkan alang2 masok brg baby skali kan bijak tu

6

7

8

9
ha banyak an. selalu SEED tak banyak poket, bile terjumpe yang ni terus sambar la

ni kotak untuk letak beg. yela nak buat hadiah kan

kad utk beday boy

sedikit katakata aluan

mari bungkus!



wokey barang siap dibungkus dan bersedia untuk dihantar!!! yeeehaaaa

oh lupe, segale pembelian di atas adalah pemilihan dan persetujuan bersama beday boy. tp mumule die tak tahhu yang beg kuning tu nak bg kat die sbb kate cik wife nak beli beg baby.  bile sampai SnJ nak carik kotak ngn kad lah segalenye terbongkarrrrrr. hadiah ini juge telah dibeli seminggu sebelum hari lahir en ubby.  sadis.

taaapiiiiii die tidak tahhu bagaimana cara hadiah itu akan sampai kepada beliau.  jeng jeng jenggg

tunggu episod akan datang

WOW RASE MACAM UBBY JE ADE BEDAY


GAMBA KAKANAK UBBY

smalam boborak ngan mak ngn kak ina pasal kehamilan ngn amalan lepas bersalin lepas tu tuka plak pasal baby ngn keturunan titibe masok plak pasal rambut baby haha terkeluarlah 2 buah album lapuk dlm simpanan nak tunjuk keturunan ade rambut lebat tak tahan.. bile selak selak selak eh??? mcm kenal kuikuikui rupenye ade gamba MOHD HAFIZ ABDUL KHALIB la.. comelnye wa comel ke? eeeee mari view

populer la dulu gamba pose meniarap ni kat studio. aku je tade.

muke same je dr kecik sampai besa so bile selak album mmg boleh kenl sangat la

tak ble bla. untung la ade org nak amekkan gamba

tp aku tak paham la kenapa budak dulu amek gamba muke tak rela muke sedeh muke tak paham. gamba aku sume senyum senyum gatal.  dorang ni seriusss je, ke sebab kakanak laki laki mmg kap gamba muke nak cover? sbb kakak ju merah kat blakang tu cm senyum. e sweetnye kasut cm cinderela.

ha tgk cm takde perasaan je, ke sebab bukan kaki kemere so mcm kene pakse rele la berdiri kat laman semate mate nak mek gamba. ta pape tah

alaaa siket je gamba kakanaknye.. aku punye 1 album gamba aku saje takde kongsi ngn org lain pun. nnt nak letak gamba kakanak saye plak lah. wah jeles

Saturday 30 March 2013

10 langkah untuk kehamilan sihat

Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:

1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal

Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. Walaupun anda tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.





2. Makan dengan baik

Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).


Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.



Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.


3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan

Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.


Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.



Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau 
dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).




4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.


Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.



Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.



Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.



Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.



Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).



5. Bersenam selalu

Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.


Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.



Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalanberenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat. 


6. Mula lakukan senaman lantai pelvik

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.


Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.



Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.


7. Hadkan pengambilan alkohol

Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.


Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.



Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.


8. Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.


Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.



Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.


9. Berhenti merokok

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.


Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.



Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)


10. Lebihkan berehat

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.


Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang>. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.


TERIMA KASIH : BABY CENTER

Kerap membuang air


Mengapakah saya perlu kerap membuang air kecil semasa saya hamil?

Kerap membuang air kecil adalah ciri-ciri utama kehamilan. Ini biasa berlaku terutamanya dalam trimester pertama dan ketiga. Malah, ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan yang biasa. Ia adalah sebahagian daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. 


Apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar, badan anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing anda pula semakin mengecut. Oleh itu, walaupun pundi kencing anda kosong, tekanan yang diterimanya akan membuatkan anda merasa seperti ia penuh. Anda akan mengalami perkara ini terutamanya pada hujung kehamilan apabila kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. 



Anda juga mungkin mempunyai masalah mengosongkan pundi kencing, menyebabkan anda terpaksa pergi ke tandas berulang kali. 


Adakah apa-apa cara untuk mengurangkan berulang ke tandas?

Malangnya, tidak! Jangan cuba kurangkan jumlah air yang anda minum. Anda sepatutnya minum enam hingga lapan gelas minuman sehari, yang mana kebanyakannya sepatutnya adalah air. Pengurangan cecair boleh menyebabkan dehidrasi, dan anda perlu minum dengan banyak untuk membantu pengaliran nutrien kepada bayi anda. 


Anda boleh cuba minum hanya sedikit dalam masa satu atau dua jam sebelum tidur untuk mengurangkan berulang ke tandas pada waktu malam



Jika ini tidak berhasil, anda mungkin terpaksa bertahan sahaja untuk beberapa bulan lagi hingga bayi anda lahir. Anda boleh menganggapnya sebagai satu cara melatih diri untuk menghadapi cabaran selepas bayi anda lahir di mana anda mungkin tidak dapat tidur malam


Mungkinkah kerap membuang air menunjukkan apa-apa masalah?


Bincang dengan doktor anda jika:

  • Anda rasa sakit atau panas apabila membuang air.
  • Anda rasa hendak terkencing tetapi hanya beberapa titik sahaja yang keluar.

Anda mungkin menghidap jangkitan saluran kencing (UTI). Minum banyak air untuk mencairkan air kencing dan jumpalah doktor secepat mungkin. Anda mungkin memerlukan antibiotik untuk mengubati UTI. Jika tidak diubati, UTI boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang, yang mana boleh meningkatkan risiko anda sakit untuk bersalin terlalu awal


Bilakah saya akan berhenti membuang air terlalu kerap?

Masalah ini akan berkurangan tidak lama selepas bayi anda lahir. Dalam tempoh beberapa hari selepas melahirkan, anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, dan lebih kerap. Ketika ini, badan anda sedang membuang segala cecair tambahan yang terkandung dalam sistem darah anda semasa hamil. 


Selepas beberapa hari, keperluan untuk membuang air akan kembali seperti sebelum anda hamil. 


SUMBER : BABY CENTER

Thursday 28 March 2013

Tip ibu-bapa: bagaimana cara untuk menyayangi perut anda

Ada beberapa cara menarik yang boleh membantu anda dan suami untuk menjalin ikatan dengan bayi dalam kandungan anda, contohnya, kali pertama anda mendengar degupan jantung bayi anda dan apabila anda melihat si kecil pada skrin imbasan. Tetapi bolehkah anda benar-benar mengenali bayi anda semasa dia masih lagi di dalam perut? Kami bertanya kepada bakal ibu-ibu di BabyCenter tentang bagaimana mereka menjalin ikatan dengan perut mereka. Mereka mempunyai banyak tip yang menarik, daripada mandian yang menenangkan hinggalah kepada menyanyi dengan kuat!

Bagaimanakah cara untuk bercakap dengan perut saya?

"Apabila saya rasa tendangannya saya akan sentuh perut saya dan berkata, 'Ya, sayang. Ibu ada di sini.' Bercakap dengan perut benar-benar membantu saya menjalin ikatan dengan bayi saya."
Fran 

"Saya sentiasa berbual-bual dengan perut saya. Ia membuatkan saya rasa gembira dan relaks, dan saya pasti bayi saya dapat mengenal suara saya."
Laura 

"Saya merasa ikatan yang paling kuat dengan bayi saya semasa dalam tab mandi. Saya suka berehat di dalam tab mandi sambil berbual-bual dengan bayi dalam kandungan dan mencuci perut saya dengan buih sabun."
Vicky 

"Setiap pagi dan malam saya akan menyapu krim pada perut saya sambil menyanyi lagu yang sama setiap hari. Saya harap bayi saya akan kenal lagu itu dan merasa tenang apabila mendengarnya selepas dia lahir nanti."
Christina 

"Seseorang memberitahu saya bahawa bayi dalam kandungan mendengar setiap masa. Saya dan suami gemar berbual-bual dan menyanyi mengikut alunan muzik kerana kami yakin bayi kami boleh mendengar. Kami dapati cara itu lebih mudah daripada bercakap secara langsung dengan perut saya."
Mel 

"Saya menyanyi kepada bayi saya setiap malam. Saya ada mendengar bahawa jika bayi dalam kandungan mendengar lagu yang sama sebaik sahaja dia dilahirkan, lebih mudah baginya untuk tenang. Saya menganggapnya sebagai pelaburan untuk masa hadapan, serta sebagai cara untuk menjalin ikatan dengan bayi saya."
Annie


Bagaimanakah saya boleh bertindakbalas terhadap tendangan-tendangan bayi saya?

"Saya mereka satu permainan dengan perut saya! Apabila bayi saya menendang, saya akan cucuknya dengan lembut. Kemudian saya akan lihat jika dia akan menendang lagi di tempat yang sama atau di tempat yang lain. Kadang-kadang saya hanya berdiam diri dan menunggu, dan selalunya dia akan menendang lagi. Bayi saya suka bermain sorok-sorok!"
Rebecca 

"Saya suka apabila bayi saya tiba-tiba sahaja menendang. Saya akan mengusapnya dan berkata 'hello' kepadanya dengan kuat."
Tara



Bagaimana saya boleh membantu anak-anak saya yang lain untuk menjalin ikatan dengan adik mereka?

"Clara, anak perempuan saya yang sulung, suka mencium perut saya dan mengusapnya pada waktu pagi. Ini membuatkan saya rasa bahawa bayi ini sudahpun menjadi sebahagian daripada keluarga kami."
Sandy 

"Anak-anak saya suka meletakkan tangan mereka pada perut saya dan memberitahu adik mereka betapa mereka gembira mendapat adik perempuan baru!"
Sabina



Bagaimana saya boleh membantu perut saya merasa disayangi?

"Waktu malam, di atas katil, adalah waktu kegemaran saya dengan bayi. Ini adalah masa di mana dia paling banyak bergerak, jadi saya cuma duduk sahaja sambil melihat perut saya bergerak-gerak dan mengusapnya perlahan-lahan."
Eve 

"Saya cuba memikirkan perkara-perkara positif dan menyalurkannya kepada kandungan saya pada siang hari. Saya yakin bahawa bayi saya bergerak lebih banyak apabila saya melakukannya!"
Brooke 

"Apabila saya pulang ke rumah daripada kerja, saya akan duduk, tutup mata dan letakkan kedua-dua tangan saya pada perut saya. Saya fikirkan tentang bayi saya dan membayangkan dia sedang bermain, menghisap jari dan tersenyum."
Alison


Saya sangat sibuk. Bagaimanakah saya boleh meluangkan masa untuk menjalin ikatan dengan perut saya?

"Pada waktu malam, apabila saya sedang cuba untuk tidur, saya akan menyentuh dan mengusap perut saya, dan bercakap dengan bayi saya. Saya beritahunya tentang apa yang saya buat sepanjang hari dan bagaimana saya rasa melakukan kerja-kerja seharian dengan ditemaninya."
Lois 

"Saya suka beritahu perut saya apa yang sedang saya lakukan sepanjang hari. Saya bercakap dengannya apabila saya melihat ke dalam peti sejuk untuk mencari sesuatu untuk dimakan dan bertanya 'Apa yang sayang hendak makan? Sayang teringin hendak makan apa?' Ini benar-benar membantu saya menjalin ikatan dengan bayi saya."
Andrea 

"Ketika melakukan aktiviti-aktiviti seharian saya, saya bercakap dengan bayi saya seolah-olah dia sudah ada di sini, dalam pelukan saya atau berbaring dalam kereta sorongnya. Ini membantu saya mengingati bahawa realitinya, dia sudah berada di sini bersama-sama saya!"
Kath





Bagaimana saya boleh membantu suami saya menjalin ikatan dengan perut saya?

"Suami saya membacakan cerita kepada perut saya setiap malam kerana dia mahu bayi kami kenal suaranya juga."
Lucy 

"Suami saya mula belajar bermain gitar apabila dia dapat tahu saya sedang hamil. Kini dia memainkannya kepada perut saya kira-kira tiga kali seminggu."
Sumaiya 

"Suami saya bekerja di Perancis selama dua bulan dan dia menulis e-mel kepada bayi kami dua kali sehari (saya terpaksa membacakan e-melnya kepada perut saya). Dia juga bercakap dengan perut saya di telefon, dan memilih cerita apa untuk saya bacakan kepada bayi kami setiap malam."
Lola 

"Suami saya menulis e-mel kepada bayi kami, dan memberitahunya bagaimana perasaannya menjadi seorang ayah. Saya rasa ini benar-benar membantunya untuk mula menjalin ikatan dengan bayi kami."
Humaira 

"Suami saya mencium perut saya setiap masa dan sentiasa mengusapnya. Saya tidak sabar menunggu bayi kami mula menendang supaya dia boleh merasanya juga!"
Sarah 

"Pada mulanya, suami saya tidak begitu berminat pada perut saya. Sebab itulah saya sertai BabyCenter kerana saya mahu tunjukkan kepadanya bagaimana rupa bayi kami semasa dia sedang membesar. Kini suami saya tahu lebih banyak mengenai apa yang sedang berlaku dalam perut saya dan dia telah mula menunjukkan minat terhadap perut saya."
Siew Yen 

"Suami saya mempunyai masalah menjalin ikatan dengan perut saya, jadi saya buatkan sekeping kad menggunakan gambar imbasan bayi kami. Di dalam kad itu saya tulis pesanan daripada bayi kami, memberitahu ayahnya bahawa dia tidak sabar untuk berjumpa dengannya! Ia benar-benar membantu suami saya merasai ikatan dengan perut saya."
Val 

"Saya dan suami meluangkan kira-kira 30 minit sebelum tidur memainkan muzik kepada perut saya. Bayi saya biasanya akan menendang selama kira-kira lima minit selepas itu dan saya dapat merasakannya apabila saya berbaring di katil."
Lydia 

"Apabila suami saya berkata 'Hai' kepada saya, dia juga kini membongkok ke bawah dan menyentuh perut saya dan berkata 'Hai' kepada bayi kami. Ini membuatkan saya merasa bahawa kami sudahpun menjadi satu keluarga."
Holly 

"Setiap kali saya rasa bayi saya bergerak, saya akan tarik tangan suami saya dan letakkannya di atas perut saya supaya dia boleh merasa bayi menendang. Ini benar-benar membantunya menjalin ikatan dengan bayi kami."
Janet 


TERIMA KASIH : BABY CENTER

Cara tidur yang selesa



Mengapakah saya tidak dapat tidur dengan selesa?

Salah satu cabaran besar semasa hamil ialah mendapatkan posisi tidur yang selesa, terutamanya jika anda biasa tidur meniarap atau menelentang. Kedua-dua posisi ini mendatangkan masalah semasa hamil. Pada trimester pertama, payudara anda yang membengkak mungkin menyebabkan sukar bagi anda tidur meniarap, dan apabila perut anda semakin membesar, tidur meniarap akan menjadi sungguh tidak selesa. 

Tidur menelentang meletakkan berat uterus anda sepenuhnya pada bahagian belakang, usus kecil dan vena kava inferior (salur darah yang membawa darah daripada bahagian bawah badan ke jantung). Berbaring menelentang juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat sakit belakang dan buasir, masalah penghadaman, pernafasan dan pengaliran darah, malah tekanan darah rendah


Apakah yang boleh saya buat mengenainya?

Semasa dalam trimester pertama, berlatihlah tidur mengiring ke kiri. Tidur dalam posisi ini memberi manfaat kepada bayi anda kerana ia memaksimakan pengaliran darah dan nutrien ke plasenta. Ia juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan anda dengan lebih efisien, lantas mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan

Cuba tidur mengiring ke sebelah kiri dengan memeluk bantal yang diletakkan di celah kaki anda. (Kembali semula ke posisi ini jika anda terjaga di tengah malam dan mendapati anda dalam keadaan meniarap atau menelentang.) Anda boleh beli beberapa bantal khas untuk ibu mengandung, walaupun bantal biasa juga boleh digunakan. Susun bantal di celah kaki, di bawah perut, dan di belakang badan untuk lebih keselesaan dan sokongan tambahan. Dalam trimester ketiga, anda mungkin mendapati bahawa memakai coli khas untuk tidur dan tali pinggang materniti dapat memberi sokongan tambahan dan membuat anda lebih selesa. 

Akhir sekali, jika baring mengiring memberi banyak tekanan kepada paha anda, belilah pelapik tilam yang lembut. Letakkannya di atas tilam, di bawah cadar untuk kelesaan dan peredaran udara tambahan. Pelapik ini boleh didapati dalam pelbagai saiz di kebanyakan pasaraya besar. 

TERIMA KASIH : BABY CENTER

Perkembangan fetus anda

Setiap wanita hamil pasti ingin tahu bagaimanakah perkembangan bayi mereka ketika ini. Adakah dia sudah berambut? Bilakah kuku jarinya akan terbentuk? Bagaimanakah rupa si kecil? Artikel-artikel dalam ruangan perkembangan fetus (janin) ini disertai gambar-gambar yang menunjukkan perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu, serta penerangan mengenai setiap tahap perkembangan yang dicapainya. 

Anda juga boleh menonton video animasi 3D kami yang menunjukkan perkembangan fetus anda dari detik persenyawaan hinggalah tiba masa bersalin. Semua video tersebut disertai sari kata Bahasa. 


Sebelum bermula, kami juga ada informasi bagi ibu-ibu yang ingin memahami proses ovulasi. 



Fetal development diagram - conception

Persenyawaan

Saksikan apa yang berlaku semasa proses persenyawaan.
Fetal development diagram - one month


Satu bulan

Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

Fetal development diagram - two months


Dua bulan

Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput.

Fetal development diagram - three months


Tiga bulan

Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

Fetal development diagram - four months


Empat bulan

Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

Fetal development diagram - five months


Lima bulan

Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.


Fetal development diagram - six months


Enam bulan

Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

Fetal development diagram - seven months


Tujuh bulan

Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

Fetal development diagram - eight months


Lapan bulan

Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

Fetal development diagram - nine months

Sembilan bulan

Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.



ultrasound scan

Bulan ke bulan dengan skan ultrasound

Lihat ringkasan kami mengenai perkembangan bayi anda dari dua bulan kehamilan. Dalam setiap bulan, terdapat gambar 3D yang interaktif dari imbasan yang mungkin memberi gambaran tentang rupa bayi anda.


TERIMA KASIH : BABY CENTER