Friday, 2 December 2011

Pedihnya siksa meninggalkan solat


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan  menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka  baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"    
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah  meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak  memandikannya. " 
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan  Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut  orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu  telah bertukar rupa menjadi babi hitam. 
Maka mereka pun kembali dan  memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat  mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."   Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda  itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun  tukar kepada bentuk manusia semula. 
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat  menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,  maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.  Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan  solat." 
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti  akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."  
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu  merekamenyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka  membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit  leher mayat tersebut sertamemakan daging dan menghisap darah mayat. 
Lalu  mereka cuba membunuh ular itu.   Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu,maka berkata ular tersebut,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakahkamu semua hendak  membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang  memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh  mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di  antaranya;     
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang     
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.     
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

No comments:

Post a Comment