Friday, 16 December 2011

PETUA TRADISIONAL - part 7



61.    RAMBUT SELALU GUGUR

Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


62.    ANAK SELALU KENCING MALAM

Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama

               
63.    KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING

Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan  biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.


64.    HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA

Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan  kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.


65.    ATASI MASALAH BULU KETIAK

Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit  hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas  itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga  masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.   



66.    DAUN PERIA UBAT KURAP

Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.


67.    MEMBENTUK BULU KENING ANAK

Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat. Ambil setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian yang bergetah pada kening anak anda. Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu, kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua ini hanya sesuai diamalkan untuk bayi  berumur hingga setahun saja. Bayi yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.


68.    HILANGKAN BINTIK MERAH KESAN CACAR AIR

Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.


69.    RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN

Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan  air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.


70.    MENYEMBUHKAN DEMAM

Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang demam biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah  diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.

No comments:

Post a Comment