Tuesday, 20 December 2011

PETUA TRADISIONAL - part 10



91.    UDANG SENTIASA SEGAR

Supaya udang tidak busuk dan sentiasa segar, perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak menyimpannya dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.


92.    MENCUCI TAPAK SETERIKA BERKARAT

Mencuci tapak seterika yang kotor ada caranya. Petuanya adalah dengan menabur sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang kotor tadi. Lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya akan hilang.


93.    KEBAIKAN KEPALA, TAHI IKAN BILIS

Campurkan kepala dan tahi ikan bilis ke dalam manakan ayam. Ia berzat dan berkhasiat untuk binatang. Jika direndam selama beberapa hari dan disiram pada pokok bunga, ia menyegarkan pokok.


94.    SEGARKAN URAT SARAF DENGAN DAUN SERAI

Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.


95.    UBAT SAKIT BENGKAK TEKAK

Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutama makanan yang keras, untuk merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak satu cawan, minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini beberapa kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.


96.    DAUN RAMBUTAN MERAWAT GATAL KULIT KEPALA

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.


97.    SANTAN TIDAK PECAH MINYAK

Kebanyakan suri rumah terpaksa menunggu untuk mengacau santan apabila memasak kuah lemak atau kari. Bati memudahkan kerja, letakkan senduk di dalam periuk dan gunakan api yang kecil. Santan tidak akan pecah minyak.


98.    ATASI SINKI TERSUMBAT

Cuba masukkan beberapa banyak aram kasar di dalam saluran sinki tersumbat. Selepas itu tuangkan air panas baru mendidih di dalam lubang sinki. Ulang beberapa kali hingga perjalanan air lancar semula.


99.    IKAN TIDAK BUSUK

Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Namun adalanya bekalan electrik tiba-tiba terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk mencegahnya. Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.


100. SAYUR DICELUR TETAP SEGAR

Campurkan sedikit minyak masak ke dalam periuk berisi air rebusan. Setelah sayur-sayuran dicelur, toskan airnya. Hasilnya sayu-sayuran ini akan nampak segar dan berkilat.

No comments:

Post a Comment