Saturday, 10 December 2011

PETUA TRADISIONAL - part 5



41.    LIMAU WANGIKAN RAMBUT

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.


42.    KHASIAT AIR BERAS

Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.


43.    RAWATAN LEPAS BERSALIN

Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang.               Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.


44.    UBAT SAKIT MATA

Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.


45.    TAK PEDIHKAN MATA

Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.


46.    RAMBUT HITAM BERKILAT

Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.


47.    DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING


Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan daging anda.


48.    HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK

Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan. Tetapi ada ketikanya daun betik yang diambil itu pahit. Untuk menghilangkannya, cuba anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.


49.    SUBURKAN POKOK BUNGA

Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.


50.    BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT

Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.

No comments:

Post a Comment